KUALA LUMPUR: Syarikat pengeluar suplemen kesihatan tempatan, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) kini melancarkan produk terbaharunya, Diffenz Junior khusus bagi menyokong sistem imun dan tumbesaran kanak-kanak.

Produk vitamin dalam bentuk tablet kunyahan tersebut mempunyai gabungan ramuan yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan flavonoid semulajadi yang mampu memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, Diffenz Junior berperisa oren itu menggabungkan bahan utama iaitu Cendawan Susu Harimau, buah Camu-camu, kolostrum, multivitamin, vitamin C dan vitamin D.

“Sistem imun badan amat penting untuk memberi perlindungan terbaik kepada kanak-kanak, justeru itu nutrisi yang seimbang wajar diberikan kepada mereka bagi mengelakkan sebarang risiko jangkitan penyakit.


Diffenz Junior | Suplemen sokongan imun dan tumbesaran kanak-kanak

“Tabiat pemakanan yang tidak seimbang selain kurang aktiviti luar rumah menjadi antara faktor mereka cenderung mengalami sistem imun lemah.

"Justeru itu, pengambilan Diffenz Junior tidak hanya membantu tumbesaran malah, menjadikan mereka kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis pelancaran Diffenz Junior di Hotel St Regis di sini pada Rabu.

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, selaras dengan visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, syarikat tersebut menyasarkan jualan sebanyak RM300 juta pada tahun hadapan.

“Daripada jumlah ini, kami mengunjurkan jualan sebanyak RM150 juta bagi Diffenz Junior selepas setahun pelancarannya, ia dipacu dengan strategi pemasaran yang dirancang termasuk peningkatan pelantikan jumlah ejen.

“Kami turut menyasarkan peningkatan kepada 50,000 orang ejen pada tahun hadapan berbanding kira-kira 20,000 orang ejen ketika ini,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior, orang ramai boleh layari laman web www.eskayvie.com atau ke laman sosial Facebook dan Instagram dengan carian Eskayvie.