KUALA LUMPUR: Walaupun terdapat sekatan pergerakan dan peningkatan pesat dalam e-dagang dan perbelanjaan dalam talian pada 2020, wang tunai kekal sebagai medium pembayaranyang paling banyak digunakan pada tahun itu, menyaksikan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.3 peratus, peningkatan tertinggi mata wang dalam edaran (CIC) dalam tempoh 10 tahun ini.
"Pada akhir 2020, sejumlah kira-kira RM130.4 bilion wang kertas dan duit syiling berada dalam edaran, dengan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.3 peratus. Pertumbuhan ini merupakan kenaikan tertinggi CIC dalam tempoh 10 tahun sebelum ini," demikian diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
Pada 2019, CIC sebanyak 7.3 peratus, manakala purata 10 tahun sebelum ini ialah 8.9 peratus.
"Peningkatan permintaan yang ketara untuk wang tunai, yang turut berlaku di negara-negara lain adalah disebabkan oleh sikap berwaspada orang ramai dan perniagaan kecil yang cenderung untuk menyimpan wang tunai secara berlebihan semasa pandemik COVID-19," menurut bank pusat itu dalam Laporan Tahunan 2020 yang dikeluarkan hari ini.
Dengan CIC yang lebih tinggi dan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar CIC Malaysia berbanding KDNK meningkat kepada 8.3 berbanding 6.6 pada tahun sebelumnya.
BNM berkata apabila orang ramai memegang lebih banyak wang tunai, jumlah deposit daripada institusi kewangan yang diterima bank sepanjang tahun menurun sebanyak 23 peratus, sekali gus, wang kertas yang sesuai untuk edaran turut berkurangan untuk diedarkan semula.
Katanya bagi memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak terhadap wang tunai, pihaknya telah melaksanakan tiga pelan tindakan.
Langkah pertama yang diambil ialah menggunakan penampannya iaitu stok mata wang tambahan yang disimpan melebihi jumlah penggunaan biasa.
"Stok penampan disimpan bagi memastikan wang tunai mencukupi untuk memenuhi permintaan orang ramai yang meningkat secara mendadak dalam sebarang keadaan yang tidak dijangka.
"Semasa pandemik ini, menyimpan stok penampan yang mencukupi terbukti amat diperlukan oleh bank bagi memastikan tidak berlakunya kekurangan wang tunai dalam edaran sepanjang tahun 2020," katanya.
Selain itu, BNM juga bekerjasama rapat dengan rakan strategik dalam industri terutamanya institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan perpindahan wang tunai (CIT) bagi memastikan ketersediaan wang tunai di lebih 12,000 mesin juruwang automatik (ATM) di seluruh negara.
Dalam hal ini, katanya, institusi kewangan dan syarikat CIT diklasifikasikan sebagai perkhidmatan perlu dan ia dibenarkan terus beroperasi sepanjang tempoh PKP.
BNM juga memastikan operasi di Pusat Mata Wang Automatik (ACC) tidak terganggu dengan melaksanakan pembahagian operasi dan penubuhan pasukan sokongan.
Bagi mengekalkan kualiti tinggi mata wang, BNM berkata pihaknya memproses 2.3 bilion (2019: 2.9 bilion) keping wang kertas pada 2020 dan melupuskan 23.3 peratus (2019: 20 peratus) daripada wang kertas ini yang tidak lagi memenuhi standard kualiti.
Mengenai pemalsuan wang kertas, katanya usaha yang berterusan telah menyumbang kepada kadar pemalsuan mata wang Malaysia yang terus rendah.
Pada akhir 2020, kadar pemalsuan mata wang di Malaysia adalah kurang daripada satu bagi setiap sejuta keping (ppm) wang kertas (2019: 1 ppm) dan kadar ini jauh lebih rendah berbanding negarapenanda aras yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 31 2021

Bagi memenuhi peningkatan permintaan yang mendadak terhadap wang tunai, pihaknya telah melaksanakan tiga pelan tindakan. - Gambar hiasan
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Perang dagangan ketara, ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini pada Jumaat dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak bahang ketidaktentuan perang dagangan yang menjejaskan sentimen pasaran.
Tubuh RCI sediakan kertas putih
Kerajaan dicadang menyediakan kertas putih untuk industri padi dan beras sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan dakwaan wujudnya beras campur.
KPDN periksa 308 premis, ambil 99 sampel
Sebanyak 308 premis pembungkus dan pengilang beras import diperiksa melibatkan 99 sampel dalam Ops Campur setakat Jumaat.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.