Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia, dan satu platform e-dagang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Airlines akan mengadakan penerbangan di lapan destinasi baharu dan 11 laluan penerbangan baharu mulai Januari 2017.
"Ini diterjemahkan menjadi 35 kekerapan tambahan (penerbangan) antara Malaysia dan China mulai Januari 2017," katanya semasa melancarkan Pavilion Pelancongan Alitrip Malaysia yang dibangunkan dengan kerjasama China's Alibaba.com di sini Jumaat.
Turut hadir pengasas dan pengerusi eksekutif kumpulan Alibaba Jack Ma, yang juga jutawan internet China.
Najib berkata antara laluan penghubung baharu itu adalah Nanjing, Haikou, Wuhan dan Fuzhou, dijangka berada di dalam laluan MAS dalam tempoh suku pertama tahun depan.
Najib berkata beliau dimaklumkan bahawa Malaysia Airlines akan menambah baik perkhidmatan Kuala Lumpur-Hong Kong dengan menggunakan pesawat berbadan lebar Airbus A330 mulai Januari 2017, selain memperkenalkan perkhidmatan Kuala LumpurHaikou.
"Turut ditawarkan penerbangan harian kedua ke Lapangan Terbang Pudong di Shanghai di samping penerbangan sambungan baharu ke Nanjing, Wuhan dan Fuzhou, yang akan menyusul pada separuh pertama 2017," katanya.
Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan baharu ke Chengdu dan Chongqing dari Kuala Lumpur akan turut diperkenalkan, tertakluk kepada ketersediaan slot.
"Sebagai tambahan, Malaysia Airlines akan mula menambah secara berperingkat perkhidmatan dari bandar raya seperti Pulau Pinang dan Kota Kinabalu ke bandar raya di seluruh China seperti Shanghai serta Shenzhen.
"Kesemua laluan baharu ini mudah-mudahan akan menarik lebih banyak lagi pengunjung dari China untuk memilih Malaysia sebagai destinasi kegemaran mereka, pilihan yang lebih mudah menerusi Pavilion Malaysia di Alitrip.com," katanya.
Bernama
Fri Nov 04 2016
Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
11 maut dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 maut manakala ramai cedera selepas dilanggar sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Menurut media tempatan, kejadian berlaku di Stesen Kereta Api Paranda di daerah Jalgaon, Utara Maharashtra, kira-kira 400 kilometer dari Mumbai.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Satu mesyuarat di Istana Presiden pada Rabu, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Ketika ini, enam pegawai kanan tentera Syria telah menjadi sasaran waran tangkap Perancis.
Sabah bakal beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin serta ahli keluarga mereka berumur 18 tahun dan ke atas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet negeri telah menyokong program itu yang akan dijalankan secara berperingkat untuk memberi manfaat kepada 100,000 orang sebagai permulaan.
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 JanUARI lepas berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya PADA SELASA.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dalam kenyataan pada rabu berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada polis.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
Destinasi penerbangan baharu dan pelancaran e-dagang untuk tarik pelancong China - PM Najib
Dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China, Malaysia memperkenalkan beberapa destinasi baharu dan laluan antara China dan Malaysia, dan satu platform e-dagang.