DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) diberi kepercayaan untuk membina dan menyeleggara kenderaan elektrik (EV) dengan pengecasan pantas (SQC) yang pertama Malaysia, dikenali sebagai bas Putra NEDO EV.
Deftech, yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina 11 buah bas EV SQC.
Projek SQC ini merupakan sebahagian daripada pemindahan teknologi melalui perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan antara Malaysia dan Jepun.
Memorandum persefahaman mengenai perkara itu telah ditandatangani antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Pertubuhan Pembangunan Tenaga Baharu dan Teknologi Industri Jepun (NEDO).
"Sejumlah lapan bas Putra NEDO EV yang dibekalkan kepada PPj sudah memulakan operasi, manakala baki tiga lagi akan dihantar pada 2018," kata DRB-Hicom dan Deftech dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Bas Putra NEDO EV dikendalikan oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn Bhd (Nadiputra), sebuah subsidiari milik penuh PPj, sebagai sebahagian daripada armada kenderaan syarikat itu yang memberi perkhidmatan di kawasan Putrajaya.
NEDO dimajukan oleh konsortium Jepun yang terdiri daripada Toshiba Infrastructure System and Solutions Corp, PUES Corp, Hasetec Corp dan Oriental Consultants Global Company Ltd.
Deftech dijangka menjadi hab serantau bagi pengeluaran bas EV SQC dalam perkembangan masa depan.
Bas EV SQC menggunakan teknologi yang berbeza berbanding dengan lain-lain bas EV yang terdapat di Malaysia, dan mungkin di rantau ASEAN.
Sistem SQC hanya memerlukan pengecasan selama 10 minit bagi setiap perjalanan (purata 30 kilometer) melalui alat pantograf yang dipasang di atas bumbung bas.
Bas-bas EV lain biasanya memerlukan pengecasan semalaman (dianggarkan selama 6-8 jam) untuk beroperasi secara optimum.
Mendapat sokongan penuh daripada pelbagai kementerian dan agensi-agensi berkaitan seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air serta Jabatan Pengangkutan Jalan, projek bas EV SQC ini menjadi langkah pertama bagi membangunkan Putrajaya sebagai sebuah bandar hijau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2017

Bas EV SQC keluaran DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd menggunakan teknologi yang berbeza berbanding dengan lain-lain bas EV yang terdapat di Malaysia, dan mungkin di rantau ASEAN. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Deftech bina bas elektrik SQC Malaysia yang pertama
Deftech, yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd telah dipertanggungjawabkan untuk membina 11 buah bas EV SQC.