KUALA LUMPUR: Dasar dan strategi percukaian mesti memainkan peranan dalam menggalakkan syarikat atau perbadanan untuk menerima dan melaksanakan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia telah mengguna pakai Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan yang merangkumi keutamaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) sebanyak 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030.
"Kita juga komited untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050 dan telah menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan untuk menetapkan sasaran bersih-sifar yang sama," katanya semasa menyampaikan ucaptama di mesyuarat tahunan ke-51 Kumpulan Kajian mengenai Pentadbiran dan Penyelidikan Cukai Asia-Pasifik (SGATAR) 2022 di sini hari ini.
Bagi menyokong usaha ini, katanya kerajaan sedang berusaha ke arah percukaian karbon dan mengkaji kemungkinan mekanisme penetapan harga karbon.
"Kami juga mencadangkan agar dilanjutkan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) untuk aktiviti hijau yang layak, dan mengembangkannya untuk memasukkan sistem penyimpanan tenaga solar dan bateri," katanya.
Beliau juga berkata kerajaan komited terhadap kemampanan dalam erti kata yang luas melangkaui alam sekitar dan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 2030 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang disasar dicapai pada 2030.
"Sejajar dengan SDG, kerajaan berhasrat untuk menghapuskan kemiskinan tegar dan justeru, dalam Bajet 2023 kami mencadangkan peruntukan RM1 bilion untuk membantu isi rumah yang sangat miskin meningkatkan pendapatan mereka," jelasnya.
Tengku Zafrul turut menyatakan Malaysia telah mencapai kemajuan yang baik dalam pendidikan yang pada masa ini untuk kemasukan ke universiti menyaksikan bilangan wanita melebihi lelaki.
"Bagaimanapun, dalam tenaga buruh, penyertaan tenaga buruh wanita secara relatifnya kekal rendah iaitu 55.7 peratus berbanding tenaga buruh lelaki sebanyak 82.6 peratus, terutamanya disebabkan wanita meninggalkan pekerjaan untuk menjaga keluarga," katanya.
Bagi menyokong ibu-ibu yang bekerja, beliau berkata Bajet 2023 telah mencadangkan pelepasan cukai RM3,000 untuk perbelanjaan penjagaan anak dan juga pengecualian cukai ke atas pendapatan untuk wanita yang kembali bekerja selepas tempoh berehat.
Tengku Zafrul turut menekankan pentadbiran cukai memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan kedudukan kewangan sesebuah negara adalah mencukupi untuk membiayai perbelanjaan yang dirancang kerajaan.
"Oleh itu, pentadbiran cukai mesti cepat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan sosioekonomi dan norma baharu semasa menjalankan operasi cukai," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2022

Tengku Zafrul berkata kerajaan komited terhadap kemampanan dalam erti kata yang luas melangkaui alam sekitar. - Fail/Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Dasar percukaian Malaysia hanya kenakan cukai bila perlu dan tidak membebankan - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan juga perlu memastikan cukai yang dikutip dibelanjakan dengan bijak tanpa ketirisan.

Dasar percukaian penting untuk galakkan syarikat terima pakai ESG - Tengku Zafrul
Dasar dan strategi percukaian mesti memainkan peranan dalam menggalakkan syarikat atau perbadanan untuk menerima dan melaksanakan dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).