Dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang berjumlah RM140 bilion merupakan dana yang dikumpul untuk mengambil alih liabiliti pencen yang ditanggung Kerajaan Persekutuan di masa hadapan.
Dana tersebut tidak akan membawa sebarang pulangan kepada individu atau pekerja kerana caruman hanya dibuat oleh pihak majikan.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata walaupun KWAP sudah mengambil alih tugas mengedarkan bayaran pencen kepada lebih 700,000 pesara, dana yang digunakan untuk bayaran tersebut disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.
“Dana yang dikumpul oleh KWAP tidak digunakan untuk pembayaran pencen kepada pesara ketika ini. Semua pelaburan yang dibuat adalah untuk menambah jumlah dana yang telah terkumpul supaya pada jangka masa panjang, dana ini boleh mengambil alih pemberian pencen oleh kerajaan.
“Dari segi pulangan yang kami kelolakan sebanyak RM140 juta setakat ini, dana ini tidak melibatkan sebarang pengeluaran cuma pelaburan-pelaburan untuk mengembangkan lagi jumlah dana.
“Saya ingin terangkan di sini tiada bentuk pulangan kepada individu atau pencarum diberikan kerana caruman diperoleh dari majikan sahaja tiada caruman individu terlibat,” katanya pada sidang media sempena “KWAP Inspire: Environmental Conference 2018,” di sini, hari ini.
Wan Kamaruzaman turut mengumumkan bahawa portfolio pelaburan KWAP dalam pelaburan berlandaskan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kini berjumlah RM3.8 bilion.
Jelasnya pelaburan dalam ESG akan diteruskan memandangkan ia mampu menjana pulangan yang kukuh pada masa depan.
"Kami memulakan pelaburan dalam ESG pada Disember 2014 dengan dana permulaan RM1 bilion. Setakat ini, enam pengurus dana diberi mandat untuk menguruskan portfolio ESG kami," katanya.
Nuradilla Noorazam
Tue Jul 17 2018
Dana Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) yang berjumlah RM140 bilion merupakan dana yang dikumpul untuk mengambil alih liabilitI pencen yang ditanggung kerajaan persekutuan di masa hadapan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Dana KWAP dikumpul untuk ambil alih liabiliti pencen masa hadapan
Walaupun, KWAP sudah mengambil alih tugas mengedarkan bayaran pencen kepada lebih 700,000 pesara, dana tersebut datang dari kerajaan persekutuan tidak termasuk dana kumpulan sedia ada.