Jumlah dagangan Malaysia meningkat 7.6 peratus kepada RM125.02 bilion pada November 2015, berbanding RM116.19 bilion yang direkodkan pada bulan yang sama pada 2014 disebabkan oleh eksport yang lebih kukuh.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dalam satu kenyataan hari ini berkata eksport November meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM67.63 bilion, manakala import berkembang 9.1 peratus kepada RM57.39 bilion.
Angka ini merupakan lebihan dagangan bagi bulan ke-217 berturut-turut sejak November 1997, walaupun lebihan dagangan mencatat 6.9 peratus lebih rendah kepada RM10.23 bilion pada November 2015.
Eksport yang lebih kukuh itu disokong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada pasaran utama, terutama ASEAN, Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.
Dalam tempoh Januari-November 2015, eksport secara kumulatif bernilai RM711.65 bilion berbanding RM698.06 bilion pada bulan yang sama pada 2014, dengan import bernilai RM625.34 bilion berbanding RM624.48 bilion sebelumnya.
Lebihan dagangan bagi 11 bulan pertama 2015 meningkat kepada RM86.31 bilion, meningkat 17.3 peratus berbanding bulan yang sama pada 2014.
Mengikut sektor, Miti berkata eksport barangan perkilangan pada November 2015 tumbuh 9.0 peratus kepada RM54.03 bilion manakala eksport barangan pertanian meningkat 9.2 peratus kepada RM5.64 bilion dan barangan perlombongan susut 11 peratus kepada RM7.6 bilion.
Bagi tempoh Januari-November 2015, eksport utama melibatkan barangan elektrik dan elektronik bernilai RM253.12 bilion, meningkat 8.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2014.
Eksport lain termasuk kimia dan produk kimia (RM50.45 bilion), produk petroleum (RM50.95 bilion), minyak sawit dan Produk berasaskan sawit (RM41.92 bilion) dan LNG (RM43.27 bilion).
Bernama
Thu Jan 07 2016
Malaysia catat lebihan dagangan bagi bulan ke-217 berturut-turut sejak November 1997, walaupun lebihan dagangan mencatat 6.9 peratus lebih rendah-Foto Astro AWANI
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 26.5 peratus pada Okt 2021 - Azmin
Perdagangan berkembang 26.5 peratus kepada RM202.61 bilion pada Oktober tahun ini berbanding Oktober 2020, melepasi paras RM200 bilion buat pertama kali.
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus kepada RM16.6 bln pada Januari 2021
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Dagangan Malaysia terus naik pada November 2015
Eksport November meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM67.63 bilion, manakala import berkembang 9.1 peratus kepada RM57.39 bilion.