KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia melepasi aras RM2 trilion buat pertama kalinya, berkembang 24.6 peratus tahun ke tahun kepada RM2.01 trilion bagi tempoh Januari hingga November 2021.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, dalam tempoh itu eksport meningkat 25.7 peratus kepada RM1.11 trilion, import naik 23.3 peratus kepada RM894.42 bilion dan lebihan dagangan bertambah 36.2 peratus kepada RM221.53 bilion.
Dalam kenyataan hari ini, katanya bagi 11 bulan pertama 2021, kesemua barangan telah merekodkan pertumbuhan eksport, kecuali kelengkapan pengangkutan serta barangan minuman dan tembakau.
MATRADE berkata eksport keluaran pertanian meningkat 37.3 peratus tahun ke tahun kepada RM87.03 bilion berikutan eksport yang kukuh bagi minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit dan getah asli.
Selain itu, katanya eksport hasil galian naik 17.8 peratus tahun ke tahun kepada RM62.78 bilion, didorong oleh pertambahan eksport gas asli cecair (LNG), bijih logam dan serpihan logam serta petroleum mentah.
Dalam pada itu, menurutnya perdagangan melepasi aras RM200 bilion untuk kali kedua berturut-turut pada November 2021, menjadikannya kepada pertumbuhan dua digit ke-10 bulan berturut-turut sejak Februari 2021.
Pada bulan itu, jumlah perdagangan berkembang 34.9 peratus tahun ke tahun kepada RM205.5 bilion berikutan eksport meningkat 32.4 peratus tahun ke tahun kepada RM112.2 bilion -- pengembangan tahun ke tahun ke-15 bulan berturut-turut sejak September 2020 -- manakala import naik 38 peratus tahun ke tahun kepada RM93.3 bilion.
Lebihan dagangan meningkat 10.5 peratus tahun ke tahun kepada RM18.9 bilion.
MATRADE berkata kesemua sektor utama merekodkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun yang disumbangkan oleh kenaikan eksport kesemua barangan kecuali keluaran getah dan petroleum mentah.
"Keluaran petroleum melonjak 111.6 peratus kepada RM9.65 bilion dan menyumbang 8.6 peratus daripada jumlah eksport, manakala eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, meningkat 97.4 peratus tahun ke tahun kepada RM7.91 bilion dan menyumbang 7.1 peratus daripada jumlah eksport," katanya.
MATRADE berkata eksport kimia dan bahan kimia meningkat 45.9 peratus tahun ke tahun kepada RM6.51 bilion dan merangkumi 5.8 peratus daripada jumlah eksport, manakala barangan perkilangan logam melonjak 75.9 peratus tahun ke tahun kepada RM5.74 bilion dan menyumbang 5.1 peratus daripada jumlah eksport.
Sementara itu, katanya eksport ke pasaran utama khasnya ASEAN, China, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun merekodkan pertumbuhan dua digit pada November 2021, manakala eksport ke ASEAN dan AS mencatatkan nilai bulanan tertinggi.
ASEAN menyumbang 27.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia dengan perdagangan dan eksport merekodkan nilai bulanan tertinggi pada November 2021, berkembang 45.5 peratus tahun ke tahun kepada RM56.63 bilion.
Eksport melonjak 39.4 peratus tahun ke tahun dan import naik 54.8 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, dagangan dengan China yang menyerap 18.5 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia meningkat 26.1 peratus tahun ke tahun kepada RM37.92 bilion, manakala eksport meningkat 20.5 peratus dan import naik 31.2 peratus.
MATRADE berkata eksport ke AS turut mencatatkan nilai tertinggi pada November 2021, meningkat 33.5 peratus tahun ke tahun kepada RM13.03 bilion.
"Import dari AS naik 18.1 peratus tahun ke tahun kepada RM6.69 bilion, justeru jumlah perdagangan dengan AS meningkat 27.9 peratus tahun ke tahun kepada RM19.72 bilion," katanya sambil menyatakan perdagangan dengan AS menyumbang 9.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada bulan itu," katanya.
Berdasarkan perbandingan bulan ke bulan, MATRADE berkata perdagangan dan import Malaysia masing-masing berkembang 1.5 peratus dan 5.9 peratus, manakala eksport dan lebihan dagangan masing-masing berkurangan sebanyak 1.9 peratus dan 28.1 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
MATRADE berkata kesemua sektor utama merekodkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun yang disumbangkan oleh kenaikan eksport kesemua barangan kecuali keluaran getah dan petroleum mentah. - Gambar fail/BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 26.5 peratus pada Okt 2021 - Azmin
Perdagangan berkembang 26.5 peratus kepada RM202.61 bilion pada Oktober tahun ini berbanding Oktober 2020, melepasi paras RM200 bilion buat pertama kali.
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus kepada RM16.6 bln pada Januari 2021
Lebihan dagangan Malaysia melonjak 38 peratus tahun ke tahun kepada RM16.6 bilion pada Januari 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Dagangan Malaysia terus naik pada November 2015
Eksport November meningkat 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM67.63 bilion, manakala import berkembang 9.1 peratus kepada RM57.39 bilion.