KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula dan dibuka tinggi sedikit pagi ini selepas mencatatkan kerugian semalam apabila penilaian ekuiti tempatan yang murah menarik beberapa pelabur kembali ke pasaran walaupun sentimen agak berhati-hati di bursa serantau, kata peniaga.
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.73 mata kepada 1,455.56 daripada 1,454.83 pada penutup Selasa.
Indeks utama dibuka pada paras 1,455.01, menambah 0.18 mata.
Pergerakan harga di pasaran yang luas turut positif, menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 201 berbalas 159, manakala 303 kaunter tidak berubah, 1,648 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.
Jumlah dagangan 601.89 juta unit bernilai RM157.04 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, aktiviti pengambilan untung berterusan di kedua-dua pasaran saham tempatan dan global pada hari dagangan Selasa selepas kenaikan ketara sejak beberapa minggu lalu.
"Kami percaya peniaga masih kekal berhati-hati apabila Perbendaharaan 10 tahun melonjak berikutan peningkatan harga minyak (disebabkan pemotongan bekalan dari Arab Saudi dan Rusia).
"Dengan hasil Perbendaharaan dan harga minyak yang meningkat, pasaran boleh menjangkakan Rizab Persekutuan AS kekal cenderung terhadap kadar faedah dalam tempoh terdekat dan ini boleh menimbulkan risiko penurunan terhadap pasaran saham," katanya dalam nota hari ini .
Selain itu, ia berkata peniaga dijangka memantau perkembangan dua pilihan raya kecil Johor yang akan diadakan hujung minggu ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.14, CIMB meningkat 3.0 sen menjadi RM5.68, Tenaga Nasional lebih tinggi 5.0 sen kepada RM9.96 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.25 dan Petronas Chemicals turun 6.0 sen kepada RM7.08.
Bagi saham aktif, KNM Group peroleh 3.0 sen kepada 13 sen, Classita meraih setengah sen menjadi 9.0 sen manakala Alam Maritim, Saudee Group dan Tanco masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen, 3.0 sen dan 56 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 15.16 mata kepada 10,754.0, Indeks FBMT 100 mengembang 14.20 mata kepada 10,422.51 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 11.80 mata kepada 10,922.73.
Indeks FBM 70 mengukuh 57.50 mata kepada 14,232.25 manakala Indeks ACE FBM memperoleh 8.96 mata kepada 5,217.84.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengembang 18.53 mata kepada 871.78, Indeks Perladangan meningkat 2.78 mata menjadi 6,893.26, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.12 mata kepada 16,452.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.38 mata kepada 172.45
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.73 mata kepada 1,455.56 daripada 1,454.83 pada penutup Selasa. -Gambar fail/Dagang News
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia kekal momentum peningkatan pada akhir dagangan
Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.