Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melancarkan operasi pengauditan berhubung isu percukaian ke atas golongan profesional melibatkan arkitek, peguam dan jurutera dalam masa terdekat, kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Sabin Samitah.
Beliau berkata berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara Malaysia, terdapat kalangan golongan itu yang tidak mengisytiharkan pendapatan mereka.
Tanpa mendedahkan jumlah yang disasarkan di bawah peruntukan Seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967, Sabin berkata operasi itu mungkin dilaksanakan pada bulan depan atau Oktober nanti.
"Saya nasihatkan kepada golongan profesional ini untuk datang ke LHDN dan membuat pendedahan sukarela," katanya pada sidang media selepas majlis Perhimpunan Merdeka 2017 di sini hari ini.
Mengenai sasaran kutipan cukai sebanyak RM127.7 bilion tahun ini, Sabin berkata ia boleh dicapai namun terdapat beberapa 'kekangan' antaranya pengumuman pengurangan kadar cukai sebanyak satu peratus yang boleh mengurangkan kutipan hasil.
"Satu lagi adalah kutipan cukai dari hasil petroleum, mengikut anggaran, LHDN sepatutnya memperoleh RM8 bilion, tetapi sehingga kini kita baru mendapat RM3 bilion, ini antara cabaran kita," katanya.
Setakat ini katanya, LHDN berjaya mengutip cukai berjumlah RM75.7 bilion, meningkat 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Ditanya sama ada LHDN sengaja menyasarkan keluarga Tun Dr Mahahir Mohamad dalam siasatan membabitkan percukaian ekoran laporan serbuan LHDN ke pejabat anak-anak bekas perdana menteri itu, beliau berkata pihaknya tidak mengamalkan tindakan siasatan selektif atau bermotif politik.
"Tidak ada campur tangan politik. Sebarang siasatan atau tindakan audit terhadap mana-mana individu atau syarikat adalah berdasarkan analisa risiko yang teliti oleh LHDN.
"Apabila kita siasat atau audit, LHDN tidak saja siasat satu syarikat atau satu pengarah tetapi akan melakukan siasatan ke atas kumpulan syarikat itu. Itulah yang diamalkan di negara-negara lain," katanya.
Sabin dalam pada itu berkata LHDN mendapati kira-kira 20 peratus daripada peniaga makanan yang dilawati sepanjang bulan ini dalam operasi Op Saji tidak mempunyai fail cukai pendapatan.
"Bagi yang sudah mempunyai fail cukai pendapatan, hampir 10 peratus gagal isytiharkan cukai mereka melalui borang nyata cukai pendapatan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi dan Multimedia Korporat LHDN Masrun Maslim menasihatkan pelakon Shaheizy Sam supaya menyelesaikan segala tunggakan cukai dalam tempoh enam bulan ini sebelum prosiding kes bankrap terhadapnya difailkan pada 15 Februari tahun depan.
Beliau berkata jika semua tunggakan dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan, LHDN akan menarik balik kebankrapan terhadap pelakon berkenaan.
"Buat apa yang patut dan jangan berlengah. Jika dia sudah menyelesaikan semua tunggakan dan cawangan guaman kita berpuas hati, kita boleh tarik balik (notis kebankrapan)," katanya.
Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan sehingga 15 Februari tahun depan bagi LHDN memfailkan petisyen pemiutang bagi meneruskan prosiding kes bankrap ke atas pelakon Shaheizy Sam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2017
Sabin (gambar) berkata berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara Malaysia, terdapat kalangan golongan itu yang tidak mengisytiharkan pendapatan mereka. - Gambar fail
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Arkitek ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM3 juta
Seorang arkitek ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu dianggarkan bernilai RM3 juta berkaitan sebuah projek pembangunan di pantai timur.
Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Menjelang akad nikah, Mira Filzah mohon maaf
Kenapa Mira Filzah minta maaf?
Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini
Mira Filzah pilih Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai suami.
Mira Filzah kahwin Oktober ini?
Aktres jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
Arkitek sedia ubah suai Carcosa
Menurut arkitek berpengalaman itu, Carcosa Seri Negara telah kosong selama dua tahun sejak 1987, sebelum beliau membuat kerja baik pulih pada 1989.
Cesar Pelli, pereka Menara Berkembar Petronas meninggal dunia
Argentina kehilangan seorang arkitek profesional yang juga pereka Menara Berkembar Petronas, Cesar Pelli pada Jumaat, lapor agensi berita tempatan negara itu, Telam.
Pantai Hills Resort masih belum mendapat kelulusan MPN
Ini kerana kebanyakan resort berkenaan tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan MPN.
Taman KLCC taman awam terbaik negara - Arkitek landskap
Menurutnya tidak mustahil Taman KLCC boleh berkekalan sehingga ratusan tahun seperti The Eden Garden di Cornwall, England yang merupakan antara taman tercantik dan popular dalam kalangan pelawat.
Tender RM300 juta: Arkitek GLC ditahan reman
Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Raslan di Mahkamah Majistret di sini, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).