Pengeluar penulen udara dan penapis air terbesar Korea Selatan, Coway Co. Ltd, bakal melancarkan sebuah produk khusus untuk pasaran Malaysia.
Ombak, penapis air direka khas dengan kapasiti tangki terbesar di pasaran, dilengkapi tetapan suhu sehingga 50 kombinasi.
Ombak direka bagi memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia daripada membancuh kopi kepada merebus telur dengan sempurna sehinggalah memanaskan susu bayi.
Ini kerana Ombak membolehkan pengguna menetapkan suhu air yang diinginkan sehingga 90 darjah Celcius, tanpa perlu mencampurkan air panas dan air sejuk secara manual.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Coway, Harri Lee Hae Sun, Ombak mampu menjadi penyelesaian kepada permasalahan pengguna untuk mendapatkan suhu air yang sempurna.
“Model ini memberi tumpuan kepada keadaan air Malaysia dan kami menerapkan perkhidmatan CODY kami di pasaran Malaysia. Pasukan CODY kami yang terdiri daripada rakyat Malaysia akan menyumbang kepada perkhidmatan berkaitan kesihatan di Malaysia.
"Ombak akan menyelesaikan penggunaan air yang berbeza seperti air suam. Jadi kami telah menambahbaik kepada model ini, hanya untuk memberi tumpuan kepada pasaran Malaysia dan yakin ia akan menjadi kejayaan yang besar di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia dalam lawatan ke pusat penyelidikan dan pembangunan Coway di sini baru-baru ini.
Selain Malaysia, produk seperti ini juga sesuai digunakan di pasaran Asia lain.
“Perbezaan terbesar antara produk ini dan produk Korea lain adalah jumlah air panas. Kami memulakan penggunaan air panas di Korea dan di Malaysia.
Jadi produk baru ini direka untuk pasaran dengan penggunaan air panas dan kami membangunkan produk ini untuk Malaysia tetapi bukan sahaja untuk Malaysia, kami juga melihat potensi produk serupa di pasaran Asia yang lain, kata Ketua Pegawai Pemasaran Coway Co. Ltd., Park Yong Joo.
Pemasangan Ombak dilakukan sepenuhnya di kilang Coway di Yugu.
Kesemua proses pembuatan dan pemasangan di kilangnya juga mendapat sijil akreditasi halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ombak akan dilancarkan di Malaysia pada 7 November ini.
Meneroka pasaran Malaysia
Dalam pada itu, Coway merancang untuk terus teroka pasaran Malaysia, didorong prestasi kukuh selepas unitnya Coway (M) Sdn Bhd mencatatkan jualan sebanyak RM790 juta tahun lalu, meningkat 55 peratus berbanding 2016.
Dengan sekitar 800,000 pelanggan di Malaysia ketika ini syarikat itu kini berada pada landasan tepat untuk mencapai satu juta pelanggan hujung tahun ini.
Tembusi pasaran Islam
Coway turut merancang menjadikan Malaysia hab bagi Asia Tenggara untuk kawalan berpusat.
Ia juga dijadikan langkah permulaan untuk menembusi pasaran Islam global.
Kata Yong Joo, hasrat ini mampu direalisasikan apabila Coway membuka kilang di Malaysia, yang dijangkakan menjelang 2020.
“Saya berkesempatan untuk bertemu MIDA baru-baru ini dan seperti anda tahu Malaysia sangat mesra kepada pelabur asing. Mereka kerap kali meminta saya untuk menubuhkan sebuah kilang di Malaysia dan kami sedang mempertimbangkannya kerana kita sudah mempunyai satu di China.
“Saya terus meyakinkan CEO kami bahawa Malaysia adalah tempat terbaik untuk menubuhkan kilang. Kami sudah mencapai satu juta pelanggan dan berapa banyak penapis yang perlu kita gunakan di pasaran Malaysia sahaja.
“Itulah sebabnya kita masih berbincang bila masa yang tepat dan di mana lokasi paling sesuai untuk menubuhkan kilang dan jika boleh, menjelang 2020, ia dapat direalisasikan,” katanya.
Jelas Yong Joo, pengukuhan perniagaan di Malaysia, mampu meyakinkan negara-negara Islam seperti Indonesia dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi coway menapak secara meluas di negara tersebut.
“Malaysia secara geografi adalah pusat kepada negara-negara Asia Tenggara. Di bahagian utara Malaysia terdapat Thailand dan Vietnam manakala di selatan terdapat Singapura, Indonesia dan Australia.
"Jadi ini adalah antara negara-negara Islam dan kami ingin menjadikan Malaysia pintu masuk untuk kami memperluaskan pasaran kami ke Indonesia dan juga negara-negara Timur Tengah.
“Malah kami sudah mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi cawangan luar negara di Indonesia tahun depan. Itulah sebabnya sijil halal kami akan memudahkan kami untuk menembusi pasaran Indonesia dan negara-negara Timur Tengah,” katanya.
Coway ketika ini mempunyai tiga kilang pengeluaran di Korea iaitu di Yugu, Incheon dan Pocheon manakala satu-satunya kilang di China terletak di Guangzhou.
Malik Ridhwan
Tue Oct 30 2018
(Dari kiri) Pengarah Bahagian Perniagaan Global Coway Co. Ltd, James Park, Yong Joo, Harri Lee dan Ketua Pegawai Teknologi & Ketua Pusat R&D Coway, Lee Sun Yong memperkenalkan Ombak kepada media Malaysia di Seoul. - Astro AWANI/Malik Ridhwan
AS Memilih: Jangkaan dasar luar AS pasca pilihan raya Presiden
Perbincangan ini membincangkan strategi Malaysia dalam mengekalkan hubungan keselamatan dan ekonomi dengan Amerika Syarikat di tengah kemungkinan perubahan kepimpinan AS, dengan fokus pada keseimbangan pengaruh kuasa besar di Asia Tenggara dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran geopolitik.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Ada dua proses atau langkah iaitu:
Pertama, orang awam yang membuang undi.
Kedua adalah Electors yang memilih presiden di Kongres melalui proses yang dipanggil sebagai Electoral College.
Ada dua proses atau langkah iaitu:
Pertama, orang awam yang membuang undi.
Kedua adalah Electors yang memilih presiden di Kongres melalui proses yang dipanggil sebagai Electoral College.
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS menjelang keputusan OPR
Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai OPR oleh BNM.
Milwaukee di AS proses semula 30,000 undi pos akibat isu pengiraan
Masalah mesin itu berpunca daripada kesilapan manusia dan menegaskan bahawa tiada bukti berlaku sebarang campur tangan.
Lebih 30 ancaman bom palsu sasar lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh AS
Hampir 30 ancaman bom palsu menyasarkan lokasi berkaitan pilihan raya di seluruh Amerika Syarikat.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
AWANI Pagi: Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial
Ikuti diskusi siaran luar 8.30 pagi Rabu dari Hotel Tenera, Bangi bersama Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman membincangkan mengenai signifikan Arkib Negara Malaysia menganjurkan Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti.
PM Anwar jumpa pelabur berpotensi pada hari ketiga lawatan kerja ke China
PM Anwar dijangka bertemu beberapa syarikat dan mengadakan sesi meja bulat dengan 23 kapten industri.
AWANI Pagi : AS Memilih | Perebutan ke White House
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Saqib Sheikh, Felo Pelawat Institut Kepimpinan dan Strategi ASEAN , dan Dr. Oh Ei Sun, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, yang akan membincangkan mengapa Pilihan Raya Presiden AS ini penting untuk seluruh dunia serta implikasi besar yang mungkin tercetus selepas keputusan diumumkan.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Coway perkenal Ombak, menepati keperluan rakyat Malaysia
Pengeluar penulen udara dan penapis air terbesar Korea Selatan, Coway Co., Ltd, bakal melancarkan sebuah produk khusus untuk pasaran Malaysia.