Kajian daripada Ernst & Young mendapati pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan banyak syarikat mula menyedari kepentingan transformasi digital dalam perusahaan mereka.
Sebanyak 670 syarikat besar dan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang mengambil bahagian dalam kajian itu turut menyatakan kesukaran mereka berhubung dengan pelanggan dan pembekal disebabkan infrastruktur komunikasi yang kurang baik.
Menurut kajian itu lagi, antara langkah diambil syarikat besar adalah menaik taraf sistem komunikasi dan menggalakkan pekerja menggunakan panggilan video. Bagi IKS, mereka mewujudkan normal baharu kerja yang menggalakkan penggunaan teknologi.
Bahkan, terdapat IKS yang melabur wang untuk meningkatkan kualiti perisian dan perkakasan bagi membolehkan mereka bekerja dari rumah.
Dalam kajian sama, dapatan menunjukkan rakyat Malaysia dapat beradaptasi dengan baik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Selain itu, majoriti pengusaha dalam kajian itu juga mahukan pembukaan semula ekonomi dipercepatkan dan prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilonggarkan bagi membantu ekonomi negara.
Dalam mengamalkan normal baharu, pula, ia memerlukan insentif dan polisi bersesuaian. Justeru, responden dalam kajian itu mencadangkan bantuan kerajaan secara langsung dan insentif (geran teknologi, pelepasan cukai dan pelepasan pinjaman) disediakan.
Sementara itu, EY Assurance Leader, Datuk Abdul Rauf Rashid berkata, permulaan kepada pemulihan ekonomi bergantung kepada pembinaan semula kepercayaan dan keyakinan melibatkan orang awam, perniagaan dan campur tangan kerajaan.
“Sektor perniagaan perlu bekerjasama dengan kerajaan untuk memulakan operasi dan aktiviti ekonomi.
“Sementara itu, keperluan yang semakin meningkat dalam keupayaan teknologi yang lebih canggih untuk menghubungkan perniagaan membuatkan dunia beralih ke proses digitalisasi.
“Malaysia tidak boleh ketinggalan,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kajian itu turut mencadangkan penyelesaian terhadap masalah dihadapi syarikat besar dan IKS dan membahagikannya kepada lima elemen iaitu Kewangan, Pelanggan, Teknologi, Rantaian Bekalan dan Pekerja.
Dalam kewangan, untuk syarikat besar, mereka digalakkan memulihkan kekuatan dan kecairan kewangan akan menjadi langkah pertama yang penting. Selepas itu syarikat perlu mempertimbangkan semula pelaburan, keutamaan pembangunan, termasuk transformasi digital.
Bagi IKS pula, mereka perlu memulihkan aliran tunai pelanggan, mengurus hutang dan peningkatan sistem akan menambahkan beban kewangan dalam jangka masa pendek.
Berikut adalah cadangan penyelesaian dalam kajian tersebut:
Teknologi
Syarikat besar: Ketika kebanyakan syarikat besar mempunyai kakitangan sokongan IT, adaptasi dengan perubahan dan proses komunikasi dalam sistem digital baru akan menjadi kunci.
IKS: Perlu sistem digital yang lebih baik dalam hubungan dengan kakitangan termasuk pelaksanaan komunikasi, alat bekerjasama dan alat latihan yang dapat membantu beradaptasi dengan pantas.
Pelanggan
Syarikat besar: Syarikat besar juga mencari peralihan pantas ke normal baharu, yang akan merangkumi pelaburan penting dalam infrastruktur digital "tanpa sentuhan".
IKS: Sasarkan untuk bergerak pantas ke normal baharu sambil menyesuaikan diri dengan pelanggan baru, pilihan dan jangkaan dari segi penyambungan dan transformasi digital.
Rantaian Bekalan
Syarikat besar: Perniagaan akan memerlukan peningkatan hubungan dan keupayaan yang lebih besar dalam mengurus lebih kompleks dan rantaian bekalan yang pelbagai.
IKS: Memperbaharui bekalan dan bahan perlu menjadi keutamaan. Sistem digital boleh membantu menguruskan inventori yang lebih rumit.
Pekerja
Syarikat besar: Menyesuaikan kapasiti untuk memenuhi permintaan baru akan menjadi keutamaan, bersama dengan memaksimumkan produktiviti dan menukar kakitangan ke cara kerja baru.
IKS: Sasaran utama ialah memperbaharui tempoh masa projek di sebalik penyusunan kerja yang baru dan pengurusan keselamatan pekerja dan pelanggan.
Astro Awani
Wed Jun 03 2020
Dalam kajian sama, dapatan menunjukkan rakyat Malaysia dapat beradaptasi dengan baik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran. - Gambar REUTERS
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
COVID-19: Syarikat mula sedar kepentingan transformasi digital
Kajian daripada Ernst & Young mendapati pandemik COVID-19 yang melanda negara menyebabkan banyak syarikat mula menyedari kepentingan transformasi digital dalam perusahaan mereka.
Teknologi dan pendigitalan bantu syarikat tangani normal baharu
Kajian impak perniagaan COVID-19 oleh EY mendapati bahawa perniagaan telah mempercepatkan penggunaan teknologi sebagai respons.