Penyewaan atau perkongsian ruang pejabat kepada mana-mana individu atau syarikat untuk satu tempoh masa bukan lagi sesuatu yang asing.
Terbaru, CO3 Social Office yang diasaskan Black Pegasus Berhad, dilancarkan pada Isnin dalam menawarkan konsep ruang kerja terbuka serta akan beroperasi 24 jam.
Dengan jumlah pelaburan RM30 juta, CO3 bakal dibuka tahun ini di lima lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Puchong, Petaling Jaya, Kl Sentral dan Damansara.
Lokasi pertama iaitu di Puchong akan dibuka di sebuah lot kedai berkeluasan 21,000 kaki persegi pada Jun ini.
Ditubuhkan sekumpulan usahawan Malaysia dan Brunei, CO3 Social Office menawarkan platform unik di mana individu di dalam organisasi yang sama atau syarikat berbeza yang menggunakan ruang itu boleh bekerjasama dan berkongsi idea secara bebas.
Menurut salah seorang Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Chen Hui, kelainan yang ditampilkan CO3 adalah aturan hiasan dalamannya yang berkonsepkan 'ala syarikat Google' dan mengetengahkan elemen bebas serta fleksibel.
Projek ini juga mensasarkan untuk menjadi antara syarikat ‘Unikorn Amerika’ bernilai AS$2 bilion menjelang tahun 2022 dan beroperasi 40 lokasi di seluruh 20 bandar negara ASEAN.
Sewa yang akan dikenakan adalah serendah RM399 sebulan dengan ruang yang mampu menempatkan 300 individu dalam satu-satu masa.
Azyyati Ahmad
Mon Mar 06 2017
CO3 Social Office yang diasaskan Black Pegasus Berhad, diperkenalkan pada Isnin dalam membawakan konsep ruang kerja terbuka, serta akan beroperasi 24 jam. - Foto Facebook
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
'CO3 Social Office' labur RM30 juta tawar revolusi pejabat buat generasi muda
Kelainan yang ditampilkan CO3 adalah aturan hiasan dalamannya yang berkonsepkan 'ala syarikat Google' dan mengetengahkan elemen bebas serta fleksibel.