CIMB Group melantik Datuk Mohd Nasir Ahmad dan Datuk Lee Kok Kwan sebagai pengarah CIMB Group dan CIMB Bank, berkuat kuasa hari ini.
Ketua Eksekutif CIMB Group, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengarah yang baru dilantik dengan pengalaman dalam bidang kewangan itu, akan terus mengukuhkan lembaga pengarah kumpulan memandangkan kredibiliti dan kedudukan mereka.
"Kami beruntung kerana mempunyai mereka yang mempunyai bakat yang hebat dalam lembaga pengarah bagi memastikan struktur tadbir urus yang kukuh dan menjaga kepentingan semua pihak berkepentingan," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa ini, Datuk Mohd Nasir adalah ahli lembaga pengarah Sumatec Resources Bhd, Bina Darulaman Bhd, Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd, MIMOS Bhd dan Prokhas Sdn Bhd.
Menurut CIMB Group, dengan pelantikan barunya, Lee akan melepaskan semua jawatan eksekutif yang dipegangnya dalam kumpulan berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Bernama
Mon Jul 20 2015
Pelantikan Mohd Nasir (kanan) dan Lee sebagai pengarah CIMB Group dan CIMB Bank berkuat kuasa hari ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.