CIMB Group Holdings Bhd dijangka melancarkan aplikasi mudah alih CIMB Clicks yang baharu pada November, menyediakan kualiti perkhidmatan bagi pembayaran dalam talian yang dipertingkatkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata versi yang dipertingkatkan itu tepat pada masanya, berdasarkan penggunaan pembayaran dalam talian yang meningkat dengan lebih 700 juta pengguna perbankan digital di Asia dan sejajar dengan visi bank, ke arah tanpa kertas pada masa depan.
"Kami berpuas hati (dengan aplikasi CIMB Clicks pada masa ini) tetapi lebih banyak lagi boleh dilakukan.
"Oleh itu, anda akan menyaksikan versi CIMB Clicks yang baharu dan dipertingkatkan," katanya kepada pemberita di luar Wild Digital Conference 2016, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di sini hari ini.
Baru-baru ini, kumpulan itu melancarkan penyelesaian perbankan digital yang baharu, Kad Korporat CIMB, untuk memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurangkan penggunaan cek daripada 207 juta pada 2011 kepada 100 juta menjelang 2020.
Tengku Zafrul berkata penyelesaian baharu itu dan CIMB Clicks, yang tidak lama lagi akan dilancarkan, akan membolehkan bank melaksanakan perniagaan automasinya, selain menawarkan platform yang selesa kepada generasi muda dan sektor korporat menjalankan urus niaga dalam talian.
Ditanya sama ada inisiatif tanpa kertas akan menyaksikan pembukaan cawangan yang berkurangan, katanya bank sentiasa mengkaji proses ini dan terus menumpukan kepada meluaskan dan meningkatkan usaha dalam mencapai pelanggan.
Beliau juga berkata peningkatan pengaruh teknologi kewangan, atau fintech, ke atas sistem perbankan menyebabkan orang ramai kini kurang pergi ke cawangan.
Tengku Zafrul berkata daripada melihat fintech sebagai cabaran, kumpulan bekerjasama rapat dengan peserta dalam segmen itu untuk merebut peluang, terutamanya dalam talian untuk membantu mengubah CIMB pada masa depan.
"Selain itu, CIMB turut melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani isu fintech, seperti membuka kiosk dan sub-cawangan untuk memastikan capaian kepada pelanggan adalah lebih baik," katanya.
Fintech merupakan industri ekonomi terdiri daripada syarikat yang menggunakan teknologi untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih cekap.
Bernama
Thu Jun 09 2016

CIMB Clicks yang baharu menyediakan kualiti perkhidmatan bagi pembayaran dalam talian yang dipertingkatkan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Aplikasi mudah alih akan diwujud untuk pengguna bas Rapid KL
Penggunaan teknologi itu akan membolehkan pengguna mengetahui maklumat pergerakan, ketibaan dan pelepasan bas seterusnya memudahkan mereka untuk merancang perjalanan masing-masing.