KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research menyemak turun penarafan DRB-Hicom Bhd. kepada 'pegang' berbanding 'tambah' sebelum ini dengan harga sasaran dikurangkan kepada RM1.40 daripada RM1.70 selepas kumpulan mencatat kerugian besar pada suku pertama.
Bagi suku berakhir 31 Mac 2022 itu, kerugian bersihnya melebar kepada RM25.74 juta daripada RM16.96 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu, selaras dengan hasil yang lebih rendah.
Pendapatan turun 12.6% kepada RM3.07 bilion daripada RM3.51 bilion sebelumnya, disebabkan hasil yang lebih rendah daripada sektor automotif, pos, logistik dan perkhidmatan katering serta sektor hartanah.
Firma itu menyifatkan prestasi kewangan pada suku pertama itu tersasar daripada jangkaannya apabila kumpulan merekodkan kerugian disebabkan jualan dan keuntungan Proton yang lebih lemah daripada jangkaan.
Katanya, hasil Proton susut 22% tahun ke tahun pada suku tersebut terutamanya disebabkan jualan yang lebih rendah berikutan masalah kekurangan cip dan gangguan bekalan oleh vendornya, yang turut menyaksikan penguasaan pasaran Proton menurun 6.9% kepada 16% pada tempoh itu.
"Oleh itu, kami mengurangkan unjuran jumlah jualan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) sebanyak 115,000 unit daripada 130,000 unit sebelum ini.
"Ini memandangkan Proton telah menangguhkan rancangannya untuk melancarkan model baharu pada 2023, dan bukannya tahun ini, sebahagiannya disebabkan masalah kekurangan cip yang berterusan, diburukkan lagi penutupan berpanjangan di China.
"Kami melihat prospek DRB-Hicom dalam tempoh terdekat akan terus mencabar ekoran gangguan rantaian bekalan dan tekanan kos inflasi ekoran kenaikan kadar faedah," katanya dalam nota kajian hari ini.
Susulan itu, CGS-CIMB mengurangkan unjuran pendapatan sesaham (EPS) bagi FY22 hingga FY24 sebanyak 25% hingga 44% bagi mencerminkan jumlah jualan Proton yang rendah dan prospek mencabar kumpulan.
Bagaimanapun, ia melihat prospek positif untuk segmen perbankan, aeroangkasa dan pos berikutan pembukaan semula ekonomi global dan pelan pemulihan yang berterusan.
"Namun, prospek lemah segmen automotif, terutamanya untuk Proton, boleh menjejaskan pemulihan pendapatan DRB-Hicom bagi FY22," jelasnya.
Setakat 10.54 pagi ini, harga saham DRB-Hicom susut 5 sen atau 3.73% kepada RM1.29 dengan 607,000 saham diniagakan.
*Artikel asal disiarkan di .
Dagang News
Fri May 27 2022
![CGS-CIMB semak turun penarafan DRB-Hicom kepada 'pegang' selepas catat kerugian besar suku pertama CGS-CIMB semak turun penarafan DRB-Hicom kepada 'pegang' selepas catat kerugian besar suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653630128_CGSCIMB.jpg)
CGS-CIMB Research menyemak turun penarafan DRB-Hicom Bhd. kepada 'pegang' berbanding 'tambah' - Fail DagangNews
![Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Indeks Keamanan Global: Malaysia sasar kekal kedudukan 10 teratas - Saifuddin
Bagi GPI, Malaysia berada di kedudukan ketiga di peringkat Asia Pasifik, iaitu di belakang New Zealand dan Singapura.
Lahir 'darah pahlawan', Jojo juga amal disiplin ketat
Tiada apa yang mustahil, jika bekalan displin, minat, dan konsistensi diterapkan dalam sukan yang diceburi.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Petarung sensasi muda Malaysia, Johan “Jojo” Ghazali berkata beliau juga bertuah dikurniakan 'darah pahlawan' menyebabkan namanya kini sentiasa disebut-sebut sebagai masa hadapan dunia sukan Muay Thai.
Johan 'Jojo' Ghazali mahu buka gelanggang di Sarawak?
Meskipun baru menginjak usia 18 tahun, sensasi muay thai negara Johan 'Jojo' Ghazal' tidak menolak kemungkinan untuk membawa sukan muay thai ke suatu tempat yang lebih tinggi.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Beliau berimpian besar untuk mewujudkan arena gelanggang muay thai di tempat beliau membesar sendiri iaitu di Sarawak, seperti juga Ratu Terjun Negara, Pandelela Rinong.
Platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Bukan sahaja menjadi platform dalam membawa pengalaman baharu untuk Astro lebih dekat kepada pelanggan malah Jelajah Hello Kedah yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar mampu menjadi ruang terbaik untuk komuniti sekitar bertemu artis-artis kegemaran masing-masing.
![EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720240313_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran Petropoda berbahaya di perairan Mersing
Jabatan Perikanan Johor mengeluarkan amaran mengenai kehadiran sejenis hidupan laut gastropoda berbahaya yang dikenal pasti sebagai Petropoda Khususnya di perairan daerah Mersing.
!['Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji 'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720240200_AmyMasturatunaih.jpg)
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704855136_KWSP.jpg)
Pendapatan boleh agih KWSP naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion pada suku pertama
Jumlah pendapatan boleh agih KWSP bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024, naik 33.1 peratus kepada RM19.2 bilion.
![Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652192895_mavcom.jpg)
Trafik udara berkembang 16.1 peratus pada suku pertama tahun ini
Trafik penumpang udara berkembang 16.1 peratus kepada 22.6 juta penumpang pada suku pertama tahun ini selepas dipacu oleh trafik udara antarabangsa.
![Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
![Pendapatan pelaburan suku pertama KWSP naik kepada RM15.16 bilion Pendapatan pelaburan suku pertama KWSP naik kepada RM15.16 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686296229_KWSPLogo.jpg)
Pendapatan pelaburan suku pertama KWSP naik kepada RM15.16 bilion
Pendapatan pelaburan KWSP naik tiga peratus kepada RM15.16 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2023.
![Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680503291_BURSAMALAYSIA.jpg)
Untung suku pertama Bursa Malaysia dalam jangkaan - Analisis
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd yang lebih rendah bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 sememangnya berada dalam jangkaan, menurut penganalisis.
![CGS-CIMB semak turun penarafan DRB-Hicom kepada 'pegang' selepas catat kerugian besar suku pertama CGS-CIMB semak turun penarafan DRB-Hicom kepada 'pegang' selepas catat kerugian besar suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653630128_CGSCIMB.jpg)
CGS-CIMB semak turun penarafan DRB-Hicom kepada 'pegang' selepas catat kerugian besar suku pertama
CGS-CIMB Research menyemak turun penarafan DRB-Hicom Bhd. kepada 'pegang' berbanding 'tambah' sebelum ini dengan harga sasaran dikurangkan kepada RM1.40 daripada RM1.70
![Keuntungan bersih Pharmaniaga naik kepada RM27.73 juta pada suku pertama Keuntungan bersih Pharmaniaga naik kepada RM27.73 juta pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/71572538181_Pharmaniaga.jpg)
Keuntungan bersih Pharmaniaga naik kepada RM27.73 juta pada suku pertama
Keuntungan bersih sebanyak RM27.73 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 daripada RM23.14 juta setahun lalu.
![Maxis catat untung bersih suku pertama RM298 juta Maxis catat untung bersih suku pertama RM298 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81651150879_TBMAXISLOGO.jpg)
Maxis catat untung bersih suku pertama RM298 juta
Prestasi berdaya tahan kumpulan telekomunikasi itu jelas menunjukkan bahawa strategi konvergennya berada di landasan yang betul.
![AirAsia X catat kerugian bersih RM149.14 juta pada suku pertama AirAsia X catat kerugian bersih RM149.14 juta pada suku pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637676353_AirAsiaX.jpg)
AirAsia X catat kerugian bersih RM149.14 juta pada suku pertama
AirAsia X Bhd (AAX) merekodkan kerugian bersih berjumlah RM149.14 juta dan perolehan sebanyak RM99.27 juta bagi suku pertama berakhir 30 Sept, 2021.
![Premium kasar, sumbangan takaful catat RM675.4 juta pada Q1 - MNRB Premium kasar, sumbangan takaful catat RM675.4 juta pada Q1 - MNRB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630731786_TBZaharudinDaud.jpg)
Premium kasar, sumbangan takaful catat RM675.4 juta pada Q1 - MNRB
Keuntungan bersih pula sedikit susut dengan sebanyak 8.3 peratus kepada RM46.6 juta daripada RM50.8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.