KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pharmaniaga Bhd Datuk Zulkarnain Md Eusope telah meletakan jawatan berkuat kuasa hari ini.
Pharmaniaga dalam satu kenyataan berkata Zulkarnain keluar untuk peluang lain.
"Beliau telah berkhidmat dengan Pharmaniaga sejak September 2020 dan sepanjang tempoh perkhidmatannya, syarikat telah mencapai pertumbuhan perniagaan yang ketara di pasaran swasta Malaysia serta operasi di Indonesia.
"Lembaga pengarah mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam usaha masa depannya," katanya.
Dalam tempoh interim ini, Lembaga Pengarah telah membentuk Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang dipengerusikan oleh Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff, dengan penyertaan pihak Pengurusan seperti Timbalan CEO Zulkifli Jafar, Ketua Pegawai Operasi Mohamed Iqbal Abdul Rahman serta Ketua Pegawai Kewangan Norai'ni Mohamed Ali.
"Exco akan mengambil alih tanggungjawab dan melaksanakan fungsi CEO.
"Exco memberi jaminan bahawa ia adalah perniagaan seperti biasa bagi Pharmaniaga dan semua aktiviti operasi perniagaan konsesi dengan Kementerian Kesihatan (MoH) dan perniagaan bukan konsesi dengan MoH, kementerian lain serta sektor swasta akan kekal utuh dan tidak terganggu," katanya.
Exco juga akan memberi tumpuan kepada penyediaan Pelan Regularisasi PN17 yang akan diselia oleh Pasukan Petugas Lembaga Pengarah PN17 yang baru ditubuh dan dipengerusikan oleh Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Pharmaniaga Datuk Lim Thean Shiang.
Pharmaniaga adalah sayap perniagaan farmaseutikal untuk Kumpulan Boustead Holdings Berhad dan bersama-sama Lembaga Tabung Angkatan Tentera, merupakan pemegang-pemegang saham utama syarikat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023

Zulkarnain berkhidmat dengan Pharmaniaga sejak September 2020 dan sepanjang tempoh perkhidmatannya, syarikat telah mencapai pertumbuhan perniagaan yang ketara di pasaran swasta Malaysia serta operasi di Indonesia. - Gambar fail
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews
Permohonan lesen insurans, takaful digital dapat sambutan - BNM
Tempoh permohonan lesen Penanggung Insurans dan Pengendali Takaful Digital (DITO) akan dibuka sehingga 31 Disember 2026.
LHDN tumpu pelaksanaan e-invois, pembesaran asas cukai
LHDN akan memperkenalkan Tekad HASiL 2026-2030 iaitu pernyataan awal aspirasi dan komitmen pengurusan atasan untuk memastikan LHDN terus relevan.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur. #AWANInews
Polis terima laporan warga asing curah anjing dengan air panas
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian seorang lelaki menganiaya seekor anjing di Menglembu, Ipoh seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. #AWANInews
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

774 penolong pegawai perubatan bakal diserap ke jawatan tetap - Dr Dzulkefly
Langkah itu selaras komitmen kerajaan memperkukuhkan tenaga kerja sektor kesihatan serta memastikan kestabilan kerjaya golongan tersebut.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Pharmaniaga lantik Zulkarnain Md Eusope sebagai Pengarah Urusan
Zulkarnain memulakan kerjaya pada 1991 sebagai jurutera elektrik dengan TNB sebelum menyertai EPE Power Corporation Bhd sebagai pengurus projek.