KUALA LUMPUR :Co-opbank Pertama (CBP) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai institusi kewangan menerusi pembukaan cawangan ke-28 di Manjung, Perak dan Setapak, Selangor pada awal bulan ini.
Pembukaan dua cawangan baharu ini antara strategi CBP untuk membawa perkhidmatan perbankan terus kepada penduduk di sekitar dua negeri itu selain menyediakan rangkaian perkhidmatan perbankan penuh seperti di bandar besar lain.
Presiden juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nor Abd Razak berkata pembukaan dua cawangan itu adalah komitmen CBP kepada penduduk di kedua-dua daerah tersebut bagi menyediakan perkhidmatan perbankan sebagai satu strategi CBP dalam pasaran perkhidmatan kewangan yang semakin kompetitif.
"CBP juga akan menumpukan kepada pelanggan baharu dan berkembang dalam penguasaan pasaran untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah institusi kewangan.
"CBP menunjukkan prestasi cemerlang pada 2019 memandangkan jumlah pembayaran dividen paling tinggi sejak lima tahun lalu dapat diberikan dan kejayaan ini dicapai hasil pengurusan yang baik," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Kata Mohd Noh, dalam keadaan dunia mendepani pandemik COVID-19, ia tidak menjadi halangan apabila CBP mengambil inisiatif dengan memanfaatkan teknologi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi pelbagai aplikasi dalam talian.
Selain itu, katanya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kedua cawangan baharu itu akan beroperasi seperti biasa pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
“Pun begitu, operasi kedua-dua cawangan baharu itu dan termasuk semua cawangan CBP akan dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta menjaga penjarakan sosial dan lain-lain yang ditetapkan pihak kerajaan.
“Malah CBP muncul sebagai sebuah institusi menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk menawarkan produk kewangan patuh syariah dengan keistimewaan tersendiri,” katanya.
Co-opbank Pertama (CBP) yang dahulu dikenali sebagai Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Bhd kini tidak asing lagi dalam dunia koperasi.
Sepanjang 70 tahun beroperasi, CBP menempa pelbagai kejayaan dengan jumlah ahli kini melebihi 91,500 orang.
Organisasi yang dahulunya berperanan sebagai pertubuhan koperasi yang diasaskan di Kampung Pertama Permatang Pauh pada tahun 1950, kini menjadi antara institusi kewangan berdaya saing dalam memberi pelbagai perkhidmatan serta produk pembiayaan kepada orang ramai.
Astro Awani
Thu Nov 12 2020
Pembukaan dua cawangan baharu ini antara strategi CBP untuk membawa perkhidmatan perbankan terus kepada penduduk di sekitar dua negeri itu.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.