KUALA LUMPUR: CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM33.47 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2024 berbanding RM29.72 juta yang direkodkan dalam tahun sebelum ini.
Sebahagian besar daripada lapan hartanah milik dana amanah pelaburan hartanah itu menyaksikan lonjakan pendapatan bersih, khususnya Queensbay Mall yang diperolehi pada Mac 2023.
Hasil bagi suku dalam tinjauan meningkat kepada RM113.65 juta daripada RM104.76 juta.
Untuk separuh pertama tahun, keuntungan bersih CLMT menokok kepada RM66.96 juta berbanding RM41.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil naik kepada RM225.54 juta daripada RM183.24 juta.
Pengurus CLMT, CapitaLand Malaysia REIT Management Sdn Bhd (CMRM) berkata pendapatan hartanah bersihnya bertambah sebanyak 34.7 peratus dari tahun ke tahun kepada RM129.4 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif CMRM Tan Choon Siang mengaitkan keputusan positif itu kepada hasil sumbangan daripada Queensbay Mall termasuk prestasi Plaza Gurney, Plaza Sungei Wang, 3 Damansara dan Hab Logistik Valdor yang lebih baik.
"Strategi pengurusan aset serta pajakan kami yang proaktif telah menghasilkan kadar kepenghunian dan pengembalian sewa yang positif merentasi kebanyakan hartanah runcit kami.
"Pengenalan konsep runcit baharu selain tawaran penyewa serta program pengaktifan pembeli yang menarik telah meningkatkan angka jualan dan jualan penyewa," katanya pada taklimat media hari ini bersempena dengan pengumuman keputusan kewangan suku kedua di sini hari ini.
Sehingga 30 Jun 2024, kadar kepenghunian runcit CLMT berada pada 92.3 peratus dan, ditambah dengan dua hartanah logistik yang dipajak sepenuhnya, portfolio kepenghunian keseluruhannya ialah 93.1 peratus.
"Bagi separuh pertama tahun ini, hartanah runcit CLMT turut menyaksikan pulangan sewa positif sebanyak 8.7 peratus. Trafik pembeli kedai yang sama melonjak 6.5 peratus dari tahun ke tahun, manakala jualan penyewa sekaki persegi naik 6.6 peratus dari tahun ke tahun," katanya.
Tan ketika mengulas mengenai kemajuan pemerolehan tiga kilang siap pegangan bebas dalam Nusajaya Tech Park di Iskandar Malaysia, Johor memberitahu pengambilalihan itu dijangka selesai dalam tempoh enam bulan akan datang.
Pengambilalihan itu menandakan kemasukan CLMT ke dalam segmen perindustrian Malaysia.
Ditanya mengenai strategi pengambilalihannya, Tan menjelaskan syarikat itu giat mencari peluang, khususnya dalam aset perindustrian dan logistik.
"Kami mengumumkan pemerolehan terakhir kami di Johor, dan kami juga sedang melihat peluang lain. Bagaimanapun, kami hanya akan membuat pengumuman apabila ada perkembangan konkrit," katanya.
Sementara itu, CMRM mencadangkan pengagihan pendapatan sebanyak 2.36 sen bagi setiap unit CLMT untuk separuh pertama 2024.
Lembaga pengarah turut menetapkan bahawa pelan pelaburan semula pengagihan (DRP) akan digunakan untuk keseluruhan pengagihan pendapatan pertama, yang mana bahagian boleh pilih kasar ialah keseluruhan 2.36 sen setiap unit CLMT, katanya.
"Oleh itu, di bawah DRP, pemegang unit akan mempunyai opsyen memilih untuk melabur semula pengagihan pendapatan mereka secara keseluruhan atau sebahagian dalam unit CLMT baharu dan bukannya menerimanya secara tunai. Jika pemegang unit memilih tidak menyertai DRP, maka bahagian yang boleh dipilih akan dibayar sepenuhnya secara tunai," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
Untuk separuh pertama tahun, keuntungan bersih CapitaLand Malaysia Trust menokok kepada RM66.96 juta berbanding RM41.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil naik kepada RM225.54 juta.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
CapitaLand Malaysia Trust catat keuntungan bersih RM33.47 juta
Sebahagian besar daripada lapan hartanah milik dana amanah pelaburan hartanah itu menyaksikan lonjakan pendapatan bersih.
Jualan runcit dan sewa dijangka pulih perlahan-lahan : CGS-CIMB
Risiko penurunan masih ada dan pendapatan yang lemah menjadi antara faktor yang mengheret CapitaLand.