Program anjuran Be-Hartawan, bersama-sama dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), CGS-CIMB Securities, TERAJU dan Luno; akan menampilkan berpuluh-puluh speaker hebat tanah air bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.
Para peserta akan belajar bagaimana untuk membentuk minda yang berjaya, bagaimana untuk memulakan perniagaan (online & offline), melabur dalam pelbagai instrumen kewangan (saham, unit amanah, hartanah, mata wang kripto), mengurus kewangan peribadi dan melindungi kekayaan (takaful, hibah, wasiat).
Di antara tokoh-tokoh hebat yang bakal menghiasi CKS21 adalah seperti:
- Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, CEO Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
- Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi UPM & Naib Presiden Malaysian Financial Planning Council (MFPC)
- Puan Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities
- Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Group & #1 Islamic Finance Scholar
- Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd
- Dr. Hajah Azuraida Shahadan, International Speaker, Motivator & Inspirator
- Encik Anuar Shuib, Ketua Jabatan Perancangan Kewangan Islam VKA Wealth Planner
- Encik Ahmad Nazhrat Bin Mohd Zain (Abe Nazz), Pengasas Daimyo Prestige Consultancy & Top 3 Group Agency Manager (GAM) Nationwide
- Prof. Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid, Doktor & Pelabur Hartanah
- Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Pengurus Unit Syariah (PPZ-MAIWP)
- Encik Micheal Teoh Su Lim, CEO Thriving Talents Sdn. Bhd., #1 Most Inspirational Linkedin Icons In Malaysia
- Encik Radzi Tajuddin, Founder Hi-Home & Hi-Wealth
- Hajah Rohani, Founder Hijrah Wealth Management
- Encik Wan Hafizi, Penasihat Syariah & Cryptocurrency Specialist
- Encik Maher Alias, Pengasas Mahersaham
- Encik Abdul Halim Khairi Abdul Aziz, Pengasas Aqiqah Center
- Encik Aiman Salmi, Pengarah & Perunding Cara Tawafuq Consultancy
Persidangan dalam talian ini dijadualkan berlangsung dari 9 pagi sehingga ke waktu malam sepanjang tiga hari tersebut. Ianya merupakan pentas terbesar yang menampilkan pelbagai speaker dan topik yang menarik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang diadakan bersempena dengan CKS21 ini: termasuklah pertandingan video, deklamasi sajak, menggubah lagu dan TikTok. Hadiah berupa wang tunai dan t-shirt bakal dimenangi oleh para peserta yang kreatif dan bertuah.
Laman Web Pendaftaran: www.cksummit21.behartawan.com
Laman Rasmi Facebook: www.FB.com/CKsummit
Laman Rasmi FB Group: www.FB.com/groups/CKsummit
Jom kita bersama-sama memeriahkan Cakna Kewangan Summit 2021 ini. Daftar sekarang dan kita jumpa pada 22-24 Oktober nanti.
Mengenai Be-Hartawan
Be-Hartawan adalah platform yang menawarkan kelas kewangan atas talian yang mana memudahkan pengguna belajar menguruskan kewangan peribadi atau kewangan syarikat.
Pengguna boleh mengikuti kursus-kursus yang menumpukan pada pengurusan kewangan bila-bila masa di mana sahaja.