Ringkasan AI
- Bybit akan menghalang log masuk oleh semua pengguna Malaysia, berkuat kuasa 24 Disember 2024.
- Langkah ini diambil untuk mematuhi peraturan dan perundangan negara.
- Bybit tidak mempunyai lesen untuk operasi di Malaysia.
- Hanya enam syarikat yang mempunyai kebenaran untuk mengoperasikan bursa dagangan kriptowang di Malaysia, termasuk Luno, Hata, MX Global, Tokenize, Torum, dan Sinegy DAX.
Bybit mengatakan langkah ini adalah dalam memastikan syarikat mereka mematuhi pelbagai peraturan dan perundangan yang ditetapkan mengikut negara.
Untuk makluman, Bybit merupakan salah satu penyedia perkhidmatan bursa dagangan kriptowang.
Bybit tidak mempunyai lesen untuk operasi di Malaysia sehingga kini.
Mengikut penyenaraian pihak berkuasa SC, hanya enam syarikat mempunyai kebenaran untuk mengoperasikan bursa dagangan kriptowang di Malaysia, termasuk Luno, Hata, MX Global, Tokenize, Torum, dan Sinegy DAX.
Orang ramai turut dinasihatkan untuk menggunakan platform yang disahkan pihak berkuasa untuk sebarang urusan melibatkan kewangan. -Amanz