KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya bagi sesi dagangan ketujuh berturut-turut hari ini berikutan kekurangan pemangkin, menongkah arus berbanding pasaran serantau yang kebanyakannya ditutup tinggi.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.28 mata atau 0.27 peratus kepada 1,585.38 daripada paras penutup 1,589.66 pada Isnin. Indeks penunjuk pasaran dibuka rendah turun 0.50 mata kepada 1,589.71 dan bergerak antara paras 1,582.35 dam 1,594.71 sepanjang sesi dagangan.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 838 berbanding 316, dengan 442 kaunter tidak berubah, 822 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.23 bilion unit bernilai RM3.70 bilion daripada 5.01 bilion unit bernilai RM3.78 bilion pada Isnin.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI kekal pada fasa penstabilan apabila sentimen pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati berikutan kekurangan pemangkin belian.
"Bagi indeks serantau, kebanyakan pasaran ditutup lebih tinggi berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah. Pasaran di Hong Kong kembali stabil selepas tiga hari mencatatkan penurunan mendadak apabila menteri-menteri China dan Eropah memulakan dialog mengenai tarif import untuk kenderaan elektrik dari China.
"Di pasaran tempatan, FBM KLCI kekal tidak berubah meskipun terdapat beberapa percubaan untuk meningkatkan kembali indeks," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Thong berkata indeks itu dijangka mencatatkan sedikit kenaikan berikutan harga pasaran yang rendah dan menjangka ia berlegar dalam jajaran 1,580 hingga 1,600 bagi tempoh berbaki minggu ini.
Di pasaran serantau Nikkei 225 Jepun naik 0.72 peratus kepada 39,084.85, Hang Seng Hong Kong meningkat 0.45 peratus kepada 18,109.20 dan Indeks Strait Times Singapura menokok 0.28 peratus kepada 3,323.35. Kospi Korea Selatan menambah 0.51 peratus kepada 2,778.87.
Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks utama kekal stabil hari ini apabila para pelabur terus membuat penyelarasan semula susulan perkembangan terkini seperti penurunan saham NVIDIA serta penyasaran subsidi diesel di Malaysia, data inflasi terbaharu negara dan jualan asing yang berterusan di bursa tempatan.
"Kami optimis selepas fasa penstabilan singkat, KLCI akan kembali semula ke paras 1,600 hingga 1,610. Pandangan ini disokong oleh Indeks Peneraju (LI) yang dikeluarkan petang ini, yang menunjukkan LI Malaysia meningkat 4.3 peratus pada April 2024, yang mana merupakan kenaikan bulan kelima berturut-turut serta dasar proaktif yang bertujuan untuk menarik pelaburan langsung asing dengan nilai tambah yang lebih tinggi," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.91 manakala TNB melonjak 28 sen kepada RM14. Bagaimanapun Public Bank turun tiga sen kepada RM4, IHH Healthcare susut dua sen kepada RM6.28 dan CIMB Group tidak berubah pada RM6.68.
Dalam kalangan kaunter paling cergas, Ingenieur Gudang tidak berubah pada 6.5 sen, JCY International susut lapan sen kepada 69.5 sen, YGL Convergence menokok enam sen kepada 24.5 sen manakala SNS Network berkurangan 7.5 sen kepada 72 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 35.67 mata kepada 12,158.37, Indeks FBMT 100 turun 21.94 mata kepada 11,749.68 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 19.23 mata kepada 12,525.91. Indeks FBM 70 berkurangan 2.93 mata kepada 17,719.44 dan Indeks FBM ACE susut 92.88 mata kepada 5,621.13.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.89 mata kepada 17,353.52, Indeks Perladangan susut 16.40 mata kepada 7,008.12, tetapi Indeks Tenaga meningkat 1.39 mata kepada 953.53.
Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 2.31 mata kepada 196.14.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.65 bilion unit bernilai RM3.17 bilion daripada 2.83 bilion unit bernilai RM3.31 bilion.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.58 bilion unit bernilai RM204.44 juta berbanding 1.25 bilion unit bernilai RM160.70 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 993.15 juta saham bernilai RM321.7 juta daripada 918.10 juta saham bernilai RM305.71 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 362.12 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (734.38 juta), pembinaan (228.1 juta); teknologi (438.67 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (98.13 juta); hartanah (300.33 juta), perladangan (20.26 juta), REITs (11.04 juta), dana tertutup (116,100), tenaga (187.81 juta); penjagaan kesihatan (59.63 juta); telekomunikasi dan media (43.76 juta); pengangkutan dan logistik (61.31 juta); utiliti (107.54 juta); dan amanah perniagaan (183,300).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
![Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 838 berbanding 316, dengan 442 kaunter tidak berubah, 822 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
RWMF labuh tirai, catat rekod baharu 26,000 pengunjung
Abdul Karim berkata, hasil kutipan jualan tiket juga meningkat 47 peratus.
Melaka, Indonesia cadang pelayaran dapat pengiktirafan UNESCO
Melaka akan bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia bagi membolehkan pelayaran 'Muhibah Budaya Jalur Rempah' mendapat pengiktirafan UNESCO Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
![NSFC sahkan pemain import diragut NSFC sahkan pemain import diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719763779_NegeriSembilanFoot.jpg)
NSFC sahkan pemain import diragut
Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) hari ini mengesahkan pemain import mereka Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur pada malam semalam.
Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Kantin sebuah sekolah menengah di Batu Pahat diarahkan tutup selama 14 hari berikutan 90 pelajar dan sembilan pendidik mengalami keracunan selepas dipercayai memakan ayam goreng di kantin tersebut, Khamis lepas.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Jun 2024.
Jambatan 'mega' China-Hong Kong mula dibuka
Projek mega merentas laut itu dijangka memendekkan perjalanan antara Shenzhen dan Zhongshan daripada dua jam kepada 30 minit.
![Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719762287_shenzhenzhongshanb.jpg)
Jambatan rentas laut di selatan China dibuka kepada lalu lintas
Laluan pengangkutan baharu itu mempunyai lapan lorong yang direka untuk kelajuan sehingga 100 km sejam.
Jepun lancar wang kertas baharu guna holografi canggih
Menurut kerajaan, hampir 7.5 bilion wang kertas baharu akan dicetak menjelang akhir Mac tahun depan manakala wang kertas sedia ada akan tetap sah walaupun selepas wang kertas baharu diperkenalkan.
Rishi Sunak sifatkan demokrasi UK paling berjaya
Sunak merujuk kepada komen yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan, yang dibuat penyokong Parti Reform UK yang beraliran kanan, Nigel Farage.
'Freedom Edge' ibarat cipta NATO versi Asia
Korea Utara menyifatkan latihan ketenteraan antara tiga negara - Jepun, Amerika Syarikat dan seteru terdekatnya, Korea Selatan bagaikan mencipta NATO versi Asia.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
Kerjasama dikenali sebagai 'Freedom Edge' dalam skala besar-besaran pasukan pertahanan tiga negara terbabit bertujuan untuk meningkatkan keselamatan dan persediaan menghadapi ancaman Korea Utara dan kuasa besar China.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya akibat ketidaktentuan pasaran Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya akibat ketidaktentuan pasaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya akibat ketidaktentuan pasaran
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan Rabu sebelum susut kemudiannya ketika sentimen pelabur kekal berhati-hati.
![Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia teruskan aliran menurun susulan kekurangan pemangkin
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.28 mata atau 0.27 peratus kepada 1,585.38 daripada paras penutup 1,589.66 pada Isnin.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, mencerminkan sentimen pelabur berhati-hati berikutan prestasi bercampur-campur dalam pasaran global.
![Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 0.05 peratus atau 0.71 mata kepada 1,589.66 daripada 1,590.37 ketika ditutup Jumaat lepas
![Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705634447_TBBursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.
![Bursa Malaysia ditutup rendah hari kelima berturut-turut Bursa Malaysia ditutup rendah hari kelima berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah hari kelima berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.14 peratus atau 2.32 mata kepada 1,590.37 daripada 1,592.69 semasa ditutup pada Khamis.
![Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut hari ini, disebabkan terutamanya aktiviti pengambilan untung dalam kaunter pembinaan, telekomunikasi, utiliti dan tenaga.
![Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan pengambilan untung sederhana
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis susulan aktiviti pengambilan untung sejak semalam.