KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada sesi awal dagangan Isnin, disokong oleh minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan sentimen positif di pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.87 mata kepada 1,464.30 daripada 1,463.43, pada akhir dagangan Jumaat.
Indeks penanda aras itu dibuka naik 0.64 mata kepada 1,464.07.
Selain itu di pasaran meluas juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 306 berbanding 184 manakala 316 kaunter lain tidak berubah, 1,518 tidak diniagakan dan 31 lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 456.0 juta unit bernilai RM187.33 juta.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi memberangsangkan Wall Street minggu lepas telah menyaksikan minat belian berkemungkinan turut melimpah ke atas saham tempatan, terutamanya kaunter teknologi.
"Kami juga percaya data pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan sepertimana diumumkan pada minggu lepas menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin berpegang kepada kadar faedah semasanya dan memberi sokongan kepada usaha peningkatan pasaran saham.
"Selain itu, bursa tempatan juga dijangka kekal memberangsangkan susulan pelancaran dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," katanya.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB masing-masing turun 1.0 sen kepada RM9.14 dan RM5.73 manakala Public Bank dan Tenaga Nasional naik 1.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM4.25 dan RM9.93 dan Petronas Chemicals meningkat 2.0 sen kepada RM7.14.
Bagi saham aktif, KNM Group menambah 1.0 sen kepada 10.5 sen; Bumi Armada naik 2.5 sen kepada 55.5 sen, DNex meraih 1.5 sen kepada 48 sen namun JAKS tidak berubah pada 23.5 sen.
Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 13.45 mata kepada 10,830.09; Indeks FBMT 100 naik 11.97 mata kepada 10,495.25; Indeks FBM Emas Shariah menambah 18.24 mata kepada 11,016.12 dan Indeks FBM 70 meraih 40.54 mata kepada 14,374.51 sementara Indeks FBM ACE meningkat 9.86 mata kepada 5,218.23.
Prestasi sektor menyaksikan Indeks Tenaga menambah 15.38 mata kepada 871.52; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.61 mata kepada 173.15; Indeks Perladangan meningkat 13.94 mata kepada 6,951.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 7.51 mata kepada 16,479.12.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.87 mata kepada 1,464.30 daripada 1,463.43, pada akhir dagangan Jumaat. -Gambar fail/Bernama
KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.
Masyarakat perlu hayati pengorbanan pejuang terdahulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masyarakat sentiasa menghayati pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
Pelancongan Pendidikan: UMPSA berjaya tarik minat pelajar luar
Program pelancongan pendidikan atau Edu-Tourism yang ditawar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mampu menjadi tarikan kepada pelajar antarabangsa menyambung pendidikan ke peringkat tinggi di Malaysia.
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
Bancian ESSCOM: 6,200 komuniti Pala'u warganegara Malaysia
Bancian dijalankan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) mendapati 6,200 daripada kira-kira 28,000 orang dalam komuniti Pala'u di Sabah ialah warganegara Malaysia.
MCMC rampas 138 walkie-talkie tak diperakui, bernilai lebih RM20,000
MCMC memaklumkan hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga premis terlibat menjual kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui.
Pasaran getah ditutup lebih tinggi berikutan bekalan yang terhad
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan bekalan yang terhad berikutan ramalan cuaca buruk di Thailand.
Lapangan terbang di timur Perancis dibuka semula selepas ditutup 'atas sebab keselamatan'
Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak awal pagi Jumaat susulan 'tindakan khianat' yang menyasarkan rangkaian kereta api.
Umur bukan penghalang Johnathan cipta sejarah di Paris
Johnathan Wong, 31 tahun, dijadual beraksi dalam acara kegemarannya iaitu 10 meter (m) air pistol lelaki bagi pusingan kelayakan esok.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam persekitaran ketidaktentuan ekuiti global
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini kerana peserta pasaran sebahagian besarnya memilih untuk berada di luar pasaran dan kekal berhati-hati terhadap turun naik yang tinggi dalam ekuiti global.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, didorong oleh prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia alami penurunan sederhana, indeks komposit susut 0.37 peratus
Indeks utama Bursa Malaysia mengalami penurunan sederhana untuk ditutup rendah pada Khamis, berikutan prestasi suram di Wall Street dalam tempoh semalaman yang turut mempengaruhi pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.03 mata kepada 1,611.11 daripada penutupan Rabu pada 1,621.14. Indeks dibuka 4.06 mata lebih rendah pada 1,617.08.
Reformasi ekonomi, petunjuk positif pacu dana asing beli saham Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, tindakan sedemikian turut memaparkan keyakinan berterusan pelabur terhadap negara ini.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah.
Bursa Malaysia meningkat dipacu belian semasa harga murah
Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, dipacu pembelian semasa harga murah susulan penurunan semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.41 mata kepada 1,633.14 daripada 1,636.55 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia hampir mendatar pada awal dagangan
Indeks utama Bursa Malaysia hampir mendatar semasa awal dagangan pada Jumaat berikutan pasaran secara keseluruhannya suram.