KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini bagi lima hari dagangan berturut-turut dengan indeks utama kekal berada di atas paras psikologi 1,500, susulan sokongan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.18 mata untuk ditutup minggu ini pada 1,506.28 daripada paras penutup 1,504.1 pada Rabu.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 0.65 mata kepada 1,503.45, bergerak antara jajaran 1,502.89 and 1,509.39.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 580 berbanding 477, manakala 445 kaunter tidak berubah, 795 tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 4.92 bilion unit bernilai RM3.42 bilion daripada 4.34 bilion unit bernilai RM2.88 bilion pada Rabu.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Khamis sempena cuti umum Hari Thaipusam.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan disokong oleh aktiviti belian terutamanya dalam kaunter tenaga, penjagaan kesihatan dan utiliti.
"FBM KLCI ditutup tinggi sedikit dengan lebih banyak aktiviti belian," katanya kepada Bernama.
Thong berkata sentimen pasaran dipengaruhi sebahagiannya oleh komitmen kerajaan China untuk menyediakan sokongan tambahan ekonomi yang dijangka meningkatkan lagi kecairan dalam sistem perbankan.
People's Bank of China akan mengurangkan nisbah keperluan rizab sebanyak 50 mata asas, yang bakal mengeluarkan kira-kira US$140 bilion (US$1=RM4.73) tunai untuk menyokong ekonomi.
Di peringkat serantau, beliau berkata indeks utama ditutup bercampur-campur dengan aktiviti pengambilan untung dilihat berlaku di pasaran Jepun dan Hong Kong selepas kenaikan kukuh baru-baru ini.
Nikkei 225 Jepun turun 1.34 peratus kepada 35,751.07, Indeks Hang Seng Hong Kong susut 1.6 peratus kepada 15,952.23, manakala Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.38 peratus kepada 3,159.53 dan Indeks SSE Composite China naik 0.14 peratus kepada 2,910.22.
Sementara itu, para pelabur menunggu beberapa data utama mengenai inflasi Amerika Syarikat lewat hari ini dan mesyuarat Rizab Persekutuan AS yang seterusnya pada minggu depan untuk menilai prospek kadar faedah, katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM9.14, CIMB naik enam sen kepada RM6.18, Tenaga menokok dua sen kepada RM10.54, IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM6.08, manakala Public Bank, CelcomDigi dan Hong Leong Bank tidak berubah masing-masing kepada RM4.37, RM4.25 dan RM19.18.
Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM6.70.
MRCB merupakan saham paling cergas diniagakan hari ini naik tujuh sen kepada 65 sen dengan 267.25 juta saham bertukar tangan berikutan berita bahawa pemaju hartanah itu telah menyerahkan cadangan untuk membida projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.
Begitu juga, kaunter Berjaya Land meningkat lapan sen kepada 45.5 sen apabila anak syarikat 70 peratus miliknya, Berjaya Rail Sdn Bhd, dilaporkan bekerjasama dengan MRCB, IJM Construction Sdn Bhd, dan Keretapi Tanah Melayu Bhd untuk membida projek mega tersebut.
Dalam kalangan kaunter cergas, Widad Group susut 1.5 sen kepada 16.5 sen, YNH Property naik enam sen kepada 71.5 sen, manakala Dnonce Technology jatuh 3.5 sen kepada 12.5 sen.
KJTS Group yang memulakan dagangan sulungnya di Pasaran ACE melonjak 23 sen atau 85.19 peratus kepada 50 sen berbanding harga tawaran awam permulaannya pada 27 sen dengan 212.75 juta saham diurusniagakan.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 24.59 mata kepada 11,232.79, Indeks FBMT 100 mengukuh 26.05 mata kepada 10,885.38 dan Indeks FBM 70 menokok 78.8 mata kepada 15,283.21.
Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 3.63 mata kepada 11,289.66, dan Indeks FBM ACE susut 19.29 mata kepada 4,842.13.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 59.1 mata kepada 16,825.7, Indeks Tenaga naik 8.89 mata kepada 878.55, manakala Indeks Hartanah menambah 4.55 mata kepada 924.42.
Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 26.04 mata kepada 7,165.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.91 mata kepada 173.92.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.12 bilion unit bernilai RM3.05 bilion daripada 2.57 bilion unit bernilai RM2.56 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran susut kepada 798.71 juta unit bernilai RM115.58 juta berbanding 804.39 juta unit bernilai RM110.95 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 990.69 juta saham bernilai RM249.75 juta berbanding 950.38 juta saham bernilai RM198.37 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 437.58 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (619.41 juta); pembinaan (229.79 juta); teknologi (167.93 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (102.59 juta); hartanah (882.03 juta); perladangan (32.72 juta); REITs (58.16 juta), dana tertutup (85,300); tenaga (210.43 juta); penjagaan kesihatan (131.28 juta); telekomunikasi dan media (66.98 juta); pengangkutan dan logistik (67.24 juta); dan utiliti (115.66 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 0.65 mata kepada 1,503.45, bergerak antara jajaran 1,502.89 and 1,509.39. - Gambar fail/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.