KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam apabila dibuka rendah pada awal dagangan Selasa walaupun Wall Street mencatat peningkatan dalam urus niaga semalaman.
Pada 9.12 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.02 mata kepada 1,443.04 daripada 1,444.06, semalam.
Indeks utama tersebut dibuka turun 0.59 mata pada 1,443.47.
Selain itu, pasaran secara meluas adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 221 berbanding 201 manakala sebanyak 295 kaunter tidak berubah, 1,662 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung dagangannya.
Jumlah dagangan sebanyak 445.93 juta unit bernilai RM215.98 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI diniagakan dalam jajaran kecil sejak dua hari dagangan lepas dengan pelabur memberi tumpuan kepada saham bermodal kecil.
Berikutan itu, firma pembrokeran itu menjangkakan minat belian akan kembali ke pasaran saham tempatan susulan prestasi semalaman Wall Street yang positif dan menyuntik keadaan lebih positif di kebanyakan bursa serantau.
"Selain itu, kami menjangkakan pengumuman mengenai zon kewangan khas pada minggu lepas akan mengekalkan minat dagangan yang memberangsangkan, sekurang-kurangnya bagi tempoh terdekat ini," katanya kepada Bernama.
Kerajaan telah mengumumkan akan mewujudkan zon kewangan khas di Johor bagi meningkatkan pelaburan, pertumbuhan serta aktiviti ekonomi di negeri tersebut.
Malacca Securities berkata peniaga akan turut memberi tumpuan ke atas beberapa data ekonomi penting minggu ini yang akan mempengaruhi pendirian pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) di masa akan datang.
Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik tiga sen kepada RM9.03; CIMB dan Petronas Chemicals masing-masing untung satu sen kepada RM5.61 dan RM7.01; Tenaga Nasional turun 13 sen kepada RM9.77 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.08.
Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas berkurangan 6.55 mata kepada 10,674.97; Indeks FBMT 100 susut 6.53 mata kepada 10,349.58; Indeks FBM Emas Shariah turun 25.68 mata kepada 10,892.36 dan Indeks FBM 70 merosot 5.76 mata kepada 14,203.11 manakala Indeks FBM ACE menguncup 22.83 mata kepada 5,215.64.
Bagi sektor, Indeks Tenaga turun 0.11 mata kepada 836.66; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.11 mata kepada 170.79; Indeks Perladangan susut 33.02 mata kepada 6,916.06 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 19.24 mata kepada 16,210.73
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 29 2023

Pada 9.12 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.02 mata kepada 1,443.04 daripada 1,444.06, semalam. -Gambar fail/Bernama
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.