KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari keenam berturut-turut dalam jajaran dagangan yang agak kecil selepas pelabur terus mengambil keuntungan selain enggan membuat pergerakan ketara susulan penjualan besar-besaran teknologi di Wall Street pada Jumaat lepas, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 0.05 peratus atau 0.71 mata kepada 1,589.66 daripada 1,590.37 ketika ditutup Jumaat lepas,
Indeks penanda aras dibuka 0.50 mata lebih lemah pada 1,589.87 dan bergerak antara 1,582.78 dan 1,594.09 sepanjang sesi dagangan.
Kelebaran pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 914 berbanding 302, dengan 447 kaunter tidak berubah, 774 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.01 bilion unit bernilai RM3.78 bilion daripada 5.83 bilion unit bernilai RM6.06 bilion.
Ketua Penyelidikan Pelaburan Penasihat Kekayaan UOB Kay Hian, Mohd Sedek Jantan berkata sektor penjagaan kesihatan dan teknologi menyaksikan penyusutan ketara.
Beliau berkata sektor teknologi menurun berikutan kebimbangan bahawa saham-saham teknologi mungkin melembap.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata pelabur sedang menanti pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) utama minggu ini untuk petunjuk mengenai kadar faedah.
Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS, tolok inflasi pilihan Rizab Persekutuan, akan dikeluarkan pada Jumaat akan datang.
"Bagi bursa tempatan, kami kekal optimistik dengan berhati-hati tentang pasaran ekuiti tempatan, didorong oleh penilaian yang menarik dan peningkatan dalam jumlah dagangan,
"Bagaimanapun, ketidaktentuan dan ketidakstabilan global yang semakin bertambah juga akan mempengaruhi hala tuju pasaran," katanya kepada Bernama.
Oleh itu, Thong menjangka indeks penanda aras akan mengekalkan corak pergerakan sisi dengan kecenderungan menaik untuk minggu ini.
Beliau menjangkakan potensi menaik selanjutnya jika indeks penanda aras menembusi rintangan 1,600 dan mengekalkannya untuk tempoh yang panjang.
"Kami meramalkan FBM KLCI akan berada dalam aliran jajaran 1,590-1,610 bagi minggu ini," katanya lagi.
Saham-saham wajaran tinggi seperti Maybank merekodkan kenaikan dua sen kepada RM9.88, Public Bank menokok tiga sen kepada RM4.03 dan IHH Healthcare meningkat 12 sen kepada RM6.30.
Sementara itu, CIMB susut 11 sen kepada RM6.68 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM13.72.
Antara kaunter paling aktif, MY EG merosot 1.5 sen kepada 99.5 sen, Techbase Industries menokok tiga sen kepada 23.5 sen dan K-One melonjak setengah sen kepada 30 sen, tetapi Ingenieur Gudang kekal pada 6.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 50.79 mata kepada 12,194.04, Indeks FBMT 100 melemah sebanyak 44.36 mata kepada 11,771.62, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 34.03 mata kepada 12,545.14, Indeks FBM 70 kehilangan 210.61 mata kepada 17,716.50 mata dan Indeks ACE turun 75.04 mata kepada 5,714.01.
Secara sektoral, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 62.12 mata kepada 17,354.41, Indeks Perladangan lemah sebanyak 3.86 mata kepada 7,024.52, dan Indeks Tenaga jatuh 10.86 mata kepada 952.14.
Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.66 mata kepada 198.45.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama melemah kepada 2.83 bilion unit bernilai RM3.31 bilion berbanding 3.29 bilion unit bernilai RM5.46 bilion yang disaksikan pada Jumaat sebelum ini.
Jumlah dagangan waran susut kepada 1.25 bilion unit bernilai RM160.70 juta daripada 1.46 bilion unit bernilai RM177.12 juta sebelumnya.
Volum Pasaran ACE merosot kepada 918.10 juta saham bernilai RM305.71 juta berbanding 1.08 bilion saham bernilai RM419.40 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 485.26 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (701.26 juta), pembinaan (310.76 juta), teknologi (411.41 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (105.49 juta) , hartanah (258.93 juta), perladangan (18.79 juta), REITs (19.21 juta), dana tertutup (15,300), tenaga (158.54 juta), penjagaan kesihatan (113.33 juta), telekomunikasi dan media (60.51 juta), pengangkutan dan logistik (81.43 juta), utiliti (100.07 juta) serta perniagaan amanah (286,100).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Indeks penanda aras dibuka 0.50 mata lebih lemah pada 1,589.87 dan bergerak antara 1,582.78 dan 1,594.09 sepanjang sesi dagangan. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
DAP prihatin peratusan pengundi bukan Melayu rendah
Anthony berkata, mereka mengambil perhatian yang serius terhadap peratusan mengundi yang rendah dari kalangan pengundi bukan Melayu.
Hasil kerjasama satu keluarga BN-PH
Calon Barisan Nasional yang memenangi kerusi DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah menyifatkan kemenangan itu adalah hasil kerjasama satu keluarga gandingan BN dan PH.
Kemenangan bukti sinergi berkesan kerajaan negeri dan pusat - Anwar
Anwar berkata kerjasama baik dengan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa impak dan berkesan.
Tumpuan Ahad – 29 September 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah Khamis dalam persekitaran sentimen serantau bercampur-campur berikutan impak daripada dasar monetari China.
Belian lewat bantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi
Belian lewat telah membantu Bursa Malaysia melantun semula untuk ditutup tinggi selepas jatuh pada tengah hari di tengah-tengah sentimen lembap dalam pasaran serantau.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan sentimen kukuh global
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.59 mata kepada 1,672.96 daripada 1,670.37 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan prestasi memberangsangkan saham global dan juga serantau yang dipengaruhi oleh prestasi positif di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia diunjur lebih tinggi minggu depan
Keputusan Fed telah mengukuhkan keyakinan pelabur terhadap ringgit dan memberikan Bank Negara Malaysia (BNM) fleksibiliti yang diperlukan dalam kerangka dasarnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring prestasi pasaran serantau
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street.
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok sebanyak 5.10 mata kepada 1,670.75 daripada paras penutup 1,665.65, semalam.