KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat semula daripada jualan pada Selasa untuk dibuka tinggi pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah, kata peniaga.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.93 mata kepada 1,491.43 daripada 1,485.50 pada Selasa.
Indeks utama dibuka tinggi 3.32 mata kepada 1,488.82.
Suasana pasaran turut positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 282 berbanding 129 manakala 284 kaunter tidak berubah, 1,478 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 265.63 juta unit bernilai RM157.99 juta.
Pasaran ditutup semalam sempena cuti umum Hari Wilayah Persekutuan.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks petunjuk pasaran merosot di bawah 1,490 pada Selasa berikutan ketidaktentuan pasaran yang dibawa oleh mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
"Bagaimanapun, kami menjangka aktiviti belian saham pada harga rendah akan kembali, sekali gus menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,490-1,500 hari ini dan sektor teknologi akan menyaksikan pemulihan yang kukuh.
"Sementara itu, harga minyak mentah rendah berikutan data inventori yang tinggi susulan minyak mentah Brent merosot kepada US$83 setong," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Di peringkat global, Thong berkata Wall Street meningkat semula berikutan kenaikan 25 mata asas Fed, apabila Dow Jones Index Average menambah tujuh mata dan Nasdaq meningkat 232 mata dengan hasil untuk tempoh 10 tahun AS merosot di bawah 3.42 peratus.
"Di peringkat serantau, ekuiti Hong Kong turut meningkat semula, didorong oleh saham teknologi berikutan peniaga mempertaruhkan ke atas kenaikan kadar yang kurang agresif oleh Fed, mendorong Indeks Hang Seng naik 230 mata untuk ditutup melebihi paras 22,000," katanya.
Dalam negara, saham wajaran tinggi Press Metal naik lapan sen kepada RM5.26, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.79, Sime Darby Plantation menambah tujuh sen kepada RM4.40, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM8.41 dan IHH naik empat sen kepada RM5.96.
Bagi saham aktif, CTOS Digital merosot empat sen kepada RM1.50, Hong Seng dan Pasukhas, masing-masing menambah setengah sen kepada 20.5 sen dan 2.5 sen dan Vestland naik satu sen kepada 40 sen manakala Minda Global tidak berubah pada tujuh sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 46.03 mata kepada 10,862.30, Indeks FBMT 100 menambah 42.09 mata kepada 10,527.55 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 65.18 mata kepada 11,141.38.
Indeks FBM 70 meningkat 55.91 mata kepada 13,741.91 dan Indeks FBM ACE menambah 47.20 mata kepada 5,758.66.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.08 mata kepada 191.01, Indeks Perladangan meningkat 51.82 mata kepada 6,881.20 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 19.211 mata kepada 16,432.65 manakala Indeks Tenaga merosot 1.54 mata kepada 885.71.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 02 2023
![Bursa Malaysia meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah Bursa Malaysia meningkat semula berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673615733_BURSAMALAYSIA.jpg)
Aktiviti belian saham dijangka kembali pada harga rendah, sekali gus indeks akan diniagakan dalam julat 1,490-1,500 hari ini dan sektor teknologi akan menyaksikan pemulihan yang kukuh. - Gambar hiasan
![Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453013_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Malaysia-Brunei adakan rundingan mudahkan urusan Imigresen
Malaysia dan Brunei akan mengadakan rundingan bagi memudahkan proses keluar masuk rakyat kedua-dua negara.
![Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
Pan-gon mahu kekal hubungan baik dengan Malaysia
Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon mahu mengekalkan hubungan baik dengan skuad itu biarpun tidak lagi bersama.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses Projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
Sentiasa berhati-hati, ribut petir diramal berlaku di Sabah
Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko di Sabah disaran agar bersiap siaga terutama dari segi perubahan cuaca yang tidak menentu yang seterusnya akan mengakibatkan bencana banjir dan pokok tumbang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
![Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Sokongan belian asing dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini berikutan sokongan belian asing yang berterusan, dalam keadaan prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.
![Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721022527_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.94 mata kepada 1,620.0 daripada 1,619.06 pada Jumaat lepas.
![Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Hanya 18 peratus dalam 13 sektor terima pemarkahan ESG - Bursa Malaysia
Hanya 18 peratus daripada jumlah syarikat dalam 13 sektor ekonomi termasuk yang berada di Pasaran ACE diberi markah alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) oleh empat agensi penarafan.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila para pelabur mengambil keuntungan dalam kaunter teknologi dan utiliti terpilih susulan kenaikan sederhana tiga hari berturut-turut pada minggu ini.
![Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur
Bursa Malaysia rendah semasa awal dagangan pada Jumaat, berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman.
![Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak kenaikan di Wall Street Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak kenaikan di Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak kenaikan di Wall Street
Pada 9.24 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 6.90 mata kepada 1,625.28 daripada paras penutup semalam pada 1,618.38.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
![Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720505487_BURSAMALAYSIA.jpg)
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.