KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi hari ini sejajar dengan prestasi positif di pasaran serantau.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 13.63 mata atau 0.85 peratus kepada 1,625.57 daripada paras penutup 1,611.94 pada Selasa.

FBM KLCI dibuka tinggi naik 1.39 mata kepada 1,613.33 dan bergerak antara paras 1,611.60 dan 1,627.94 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 602 berbanding 480, dengan 494 kaunter tidak berubah, 873 tidak diniagakan dan 54 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.42 bilion unit bernilai RM3.62 bilion daripada 4.19 bilion unit bernilai RM3.11 bilion.

Ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup tinggi hari ini meskipun reaksi bercampur-campur terhadap keputusan menaikkan kadar oleh Bank of Japan (BoJ) dan keputusan berbeza daripada peneraju teknologi Microsoft dan pengeluar cip Advanced Micro Devices, Inc., yang membayangkan jurang dalam landskap kecerdasan buatan.

"Prestasi pasaran hari ini diterajui oleh sektor kewangan, disokong oleh kekuatan ringgit dan potensi penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada suku ini.

"Selain itu, sentimen berhati-hati telah mendorong pelabur menumpu kepada sektor defensif seperti kewangan dan utiliti," katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek berkata keputusan menaikkan kadar oleh BoJ hari ini memberi kesan kepada pasaran Asia, termasuk Malaysia - memandangkan keputusan hari ini dibuat hanya empat bulan selepas kenaikan pertama.

"Kenaikan gaji memberikan keyakinan bahawa pertumbuhan akan pulih pada suku akan datang. Jangkaan peningkatan inflasi juga membuka ruang bagi normalisasi dasar monetari oleh BoJ," katanya.

Oleh itu, beliau berkata Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak menentu esok apabila pelabur menilai laporan pendapatan syarikat teknologi AS, peraturan baharu AS ke atas eksport peralatan cip asing ke China, dan keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan malam ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 14 sen kepada RM10.22, Public Bank naik 3.0 sen kepada RM4.21, CIMB Group menokok 22 sen kepada RM7.43, IHH Healthcare menambah 8.0 sen kepada RM6.30 manakala Tenaga Nasional berkurangan 2.0 sen kepada RM14.08.

Dalam kalangan kaunter cergas, BWYS naik 1.0 sen kepada 35 sen, Hubline meningkat setengah sen kepada 13 sen, Velesto Energy turun setengah sen kepada 21.5 sen, Top Glove susut 6.0 mata kepada RM1.03 dan Velocity Capital Partner berkurangan 1.0 sen kepada 6.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 48.51 mata kepada 12,517.21, Indeks FBMT 100 naik 49.12 naik kepada 12,109.16, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 19.14 mata kepada 12,762.46, Indeks FBM 70 susut 116.94 mata kepada 18,488.08 dan Indeks FBM ACE turun 6.79 mata kepada 5,661.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 217.65 mata kepada 18,173.08, Indeks Perladangan naik 34.59 mata kepada 7,203.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.12 mata kepada 192.0 dan Indeks Tenaga susut 9.98 mata kepada 953.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 2.62 bilion unit bernilai RM3.24 bilion daripada 2.47 bilion unit bernilai RM2.77 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.16 bilion unit bernilai RM155.05 juta daripada 1.03 bilion unit bernilai RM117.90 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 632.07 juta saham bernilai RM221.80 juta daripada 688.13 juta saham bernilai RM221.85 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 314.57 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (725.72 juta), pembinaan (270.22 juta), teknologi (232.09 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (115.55 million), hartanah (192.18 juta), perladangan (30.37 juta), REITs (18.08 juta), dana tertutup (273,200), tenaga (278.48 juta), penjagaan kesihatan (248.20 juta), telekomunikasi dan media (45.56 juta), pengangkutan dan logistik (93.12 juta), utiliti (58.90 juta) dan amanah perniagaan (803,600 juta).

-- BERNAMA