KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd telah memberikan lanjutan 12 bulan lagi untuk peningkatan mandat umum sebanyak 20% membabitkan terbitan sekuriti baharu melalui tawaran penempatan persendirian (20% Mandat Umum) dan mandat umum sebanyak 50% berdasarkan hak pro-rata untuk terbitan sekuriti baharu melalui terbitan hak (Pro Rata 50% Mandat Umum).
Kedua-dua mandat yang dipertingkatkan ini akan tamat menjelang 31 Dis 2021, kata Bursa Malaysia dalam satu kenyataan.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Muhamad Umar Swift berkata, pelanjutan itu adalah sejajar dengan komitmen Bursa Malaysia untuk membantu penerbit tersenarai menangani keperluan pembiayaan serta keperluan modal kerja mereka dengan memudahkan pematuhan dan pengumpulan dana sekunder.
Mandat Umum 20% yang diumumkan sebelum ini pada 16 April 2020 akan dilanjutkan bagi penerbit tersenarai yang tidak mengumpul sebarang dana menggunakan Mandat 20% semasa 2020 atau 2021.
Penerbit tersenarai tersebut akan mempunyai sehingga 31 Dis 2022 untuk menerbitkan sekuriti baharu di bawah Mandat Umum 20% tertakluk kepada syaratsyarat yang ditetapkan yang sama.
Contohnya, mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi Mandat Umum 20% di mesyuarat agung, mematuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan termasuk perlembagaan di samping mendedahkan pandangan daripada lembaga pengarah bahawa Mandat Umum 20% adalah untuk kepentingan terbaik daripada penerbit dan pemegang saham mereka serta asas membabitkan pandangan tersebut.
Tempoh sah Mandat Umum Pro Rata 50% yang diumumkan pada 10 Nov 2020 juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2022.
Penerbit tersenarai yang layak boleh mengeluarkan sekuriti hak secara pro rata menggunakan mandat ini, tertakluk kepada pematuhan dengan syarat yang sama seperti yang dikenakan sebelumnya.
Di samping itu, Mandat Umum Pro Rata 50% kini boleh digunakan untuk menerbitkan gabungan saham/unit biasa dan sekuriti ekuiti boleh tukar (bukan hanya saham/unit biasa sebelum ini) sebagai sebahagian daripada pelaksanaan terbitan hak.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Dec 25 2021
Pelanjutan itu adalah sejajar dengan komitmen Bursa Malaysia untuk membantu penerbit tersenarai menangani keperluan pembiayaan. - Foto fail/BERNAMA
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Natasha cipta sejarah lagi, juarai piala dunia di Hong Kong
Natasha Mohamed Roslan sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong pada Jumaat malam.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas.
PM Puji Pencapaian Luar Biasa Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Majlis Agama perlu manfaat kepakaran pemain industri industri, rancang kewangan industri - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Majlis Agama Islam di negara ini memanfaatkan kepakaran pemain industri kewangan untuk membantu agensi berkenaan menguruskan aliran perbelanjaan yang lebih cekap.
ASEAN-Malaysia 2025 [2/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Majlis Agama perlu manfaat kepakaran pemain industri industri, rancang kewangan industri - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Majlis Agama Islam di negara ini memanfaatkan kepakaran pemain industri kewangan untuk membantu agensi berkenaan menguruskan aliran perbelanjaan yang lebih cekap.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 3.48 mata kepada 1,604.29 daripada paras 1,600.81.
Bursa ASEAN perlu bangun instrumen tarik pelabur asing - CEO Bursa Malaysia
Beliau berkata ASEAN mesti terangkum dan mampan untuk menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
Aktiviti buru saham pacu kenaikan FBM KLCI, jejak prestasi serantau dan Wall Street
Pada jam 5 petang, indeks penanda aras itu menokok 4.32 mata atau 0.26 peratus kepada 1,629.79 berbanding penutupan semalam pada paras 1,625.47.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.50 mata kepada 1,630.96 daripada 1,629.46 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan
Pada pukul 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.