KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkatnya untuk ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi positif di bursa serantau di tengah-tengah sokongan belian kukuh daripada dana asing serta institusi tempatan, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.50 mata untuk ditutup kepada 1,582.66 daripada paras penutup 1,575.16 pada Jumaat.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.14 mata kepada 1,576.30 dan bergerak antara paras 1,575.0 dan 1,583.34 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 561 berbanding 403 manakala 616 kaunter tidak berubah, 793 tidak diniagakan dan 112 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.24 bilion unit bernilai RM3.25 bilion daripada 4.11 bilion unit bernilai RM3.25 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau ditutup tinggi apabila dana asing terus mengalir masuk ke rantau ini di tengah-tengah minat pengambilan risiko susulan prestasi positif di Wall Street pada Jumaat minggu lepas.
Beliau berkata, kenaikan di rantau ini diterajui bursa saham di Hong Kong dan China, dan menambah bahawa lonjakan ini menunjukkan pemulihan semula pasaran yang sebelum ini bergelut tetapi kini disokong oleh kemasukan semula pelaburan asing dan pendapatan korporat yang lebih kukuh.
"Bagi bursa tempatan, kami juga mengekalkan pandangan positif susulan kemasukan semula dana global ke rantau ini dan ditambah dengan pendapatan kukuh korporat. Bagaimanapun, kami masih mengekalkan pendirian berhati-hati dengan potensi aktiviti pengambilan untung.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan turun naik dalam jajaran 1,570 hingga 1,590 sepanjang minggu ini dengan paras rintangan segera dilihat pada 1,600 dan paras sokongan pada 1,560 dan 1,545. Selain itu, kami menjangkakan paras rintangan pada ambang psikologi 1,600," katanya kepada Bernama.
Di peringkat serantau, Nikkei Jepun naik 0.81 peratus kepada 37,934.76, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.54 peratus kepada 17,746.91 dan Kospi Korea Selatan menokok 1.17 peratus kepada 2,687.44. Indeks Komposit SSE China mengukuh 0.79 peratus kepada 3,113.04 tetapi Indeks Straits Times Singapura susut 0.18 peratus kepada 3,274.28.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM9.75, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.18 dan IHH Healthcare menokok 10 sen kepada RM6.37.
CIMB dan Tenaga Nasional tidak berubah masing-masing pada RM6.61 dan RM11.92.
Dalam kalangan kaunter cergas, MYEG turun setengah sen kepada 91.0 sen, Capital A dan Top Glove meningkat 5.5 sen setiap satu masing-masing kepada 79.0 sen dan 88.5 sen, manakala TWL Holdings dan Bina Puri tidak berubah masing-masing pada tiga sen dan 7.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 74.23 mata kepada 11,901.02, Indeks FBMT 100 meningkat 73.81 mata kepada 11,535.26 dan Indeks FBM 70 melonjak 184.71 mata kepada 16,601.49.
Indeks FBM Emas Shariah menokok 92.53 mata kepada 12,084.48 dan Indeks FBM ACE menambah 30.0 mata kepada 5,092.01.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 3.07 mata kepada 980.49, Indeks Perladangan menokok 56.32 mata kepada 7,459.27 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Pengguna menambah 1.25 mata kepada 188.58 tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 30.41 mata kepada 17,273.40.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 2.46 bilion unit bernilai RM3.11 bilion daripada 2.59 bilion unit bernilai RM2.92 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.18 bilion unit bernilai RM174.02 juta daripada 1.06 bilion unit bernilai RM157.29 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 596.31 juta saham bernilai RM195.33 juta daripada 452.36 juta saham bernilai RM167.36 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 343.46 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (463.49 juta), pembinaan (238.73 juta), teknologi (379.31 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (92.64 juta), hartanah (363.53 juta), perladangan (30.03 juta), REITs (19.43 juta), dana tertutup (95,800), tenaga (140.18 juta), penjagaan kesihatan (150.06 juta), telekomunikasi dan media (48.06 juta), pengangkutan dan logistik (40.10 juta), utiliti (147.70 juta), dan amanah perniagaan (514,600).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.14 mata kepada 1,576.30 dan bergerak antara paras 1,575.0 dan 1,583.34 sepanjang hari dagangan. - bursa.listedcompany.com
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.

Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.

Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.