KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih daripada lapan bulan sebanyak 1.02 peratus disokong oleh momentum belian susulan sentimen pasaran serantau yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 14.74 mata untuk ditutup kepada 1,464.67 daripada paras penutup 1,449.93 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 2.46 mata kepada 1,452.39 dan bergerak antara paras 1,452.29 dan 1,464.67 sepanjang sesi dagangan.
Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 284, manakala 441 kaunter tidak berubah, 961 tidak diniagakan dan 22 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.76 bilion unit bernilai RM2.34 bilion daripada 3.60 bilion unit bernilai RM2.02 bilion pada Jumaat.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks utama serantau juga mencatatkan aliran meningkat susulan keyakinan tinggi bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menamatkan siri kenaikan kadar faedahnya.
Dalam masa yang sama, katanya, hasil Perbendaharaan 10 tahun AS menyusut kepada 4.58 peratus awal Isnin, turun daripada paras kemuncak melebihi 5.0 peratus pada dua minggu lepas.
"Bagi pasaran tempatan kami yakin dengan prospek untuk tempoh terdekat hingga sederhana memandangkan peningkatan sentimen pasaran tempatan dan aliran masuk asing yang kembali semula ke dalam pasaran," kata Thong kepada Bernama.
Sementara itu, rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata penurunan hasil bon AS dan ekonominya yang kekal dalam keseimbangan bermakna Fed AS akan kurang mempengaruhi dasar pada masa depan.
"Manakala bagi negara kita, ia memberi kelegaan besar kepada Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menumpukan kepada pertumbuhan dan bukan sebaliknya bimbang dengan prestasi mata wang dan pasaran bon.
"Jika hasil bon global terus jatuh dan ringgit mengukuh balik di bawah paas 4.50 berbanding dolar AS, ia mungkin akan membolehkan BNM mula membincangkan mengenai penurunan kadar.
"Saya fikir pasaran akan memerlukan sedikit lagi masa untuk memastikan inflasi susut tetapi kita mungkin memasuki tempoh titik perubahan kerana saham tempatan masih berada di bawah nilai," katanya kepada Bernama.
Di Bursa Malaysia, dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank meningkat tujuh sen setiap satu masing-masing kepada RM9.11 dan RM4.25, CIMB melonjak lapan sen kepada RM5.81, TNB naik tiga sen kepada RM10, Petronas Chemicals melonjak 15 sen kepada RM7.34 dan IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM6.01.
Dalam kalangan kaunter cergas, Dagang Nexchange dan PDZ holdings naik 1.5 sen masing-masing kepada 44 sen dan 5.5 sen, CN Asia meningkat setengah sen kepada 19 sen, SMTrack dan Widad tidak berubah masing-masing pada 4.5 sen dan 45 sen, manakala KNM susut setengah sen kepada 9.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 110.49 mata kepada 10,809.43, Indeks FBMT 100 menokok 105.22 mata kepada 10,473.63 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 106.10 mata kepada 11,012.89.
Indeks FBM 70 naik 142.28 mata kepada 14,240.81 dan Indeks FBM ACE meningkat 23.88 mata kepada 5,122.87.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 1.46 mata kepada 173.17, Indeks Perladangan naik 37.40 mata kepada 6,990.65 dan Indeks Tenaga menambah 0.99 mata kepada 876.47.
Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 156.94 mata kepada 16,455.82.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.59 bilion unit bernilai RM2.08 bilion daripada 1.94 bilion unit bernilai RM1.71 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran turun kepada 388.59 juta unit bernilai RM49.43 juta daripada 537.52 juta bernilai RM77.88 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE jatuh kepada 778.81 juta saham bernilai RM211.14 juta daripada 1.12 bilion saham bernilai RM229.56 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 372.03 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (845.74 juta); pembinaan (181.26 juta); teknologi (248.88 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (76.48 juta); hartanah (232.18 juta); perladangan (44.55 juta); REITs (146.30 juta), dana tertutup (69,800); tenaga (169.79 juta); penjagaan kesihatan (98.27 juta); telekomunikasi dan media (43.87 juta); pengangkutan dan logistik (98.93 juta); dan utiliti (158.94 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 06 2023

Keseluruhan pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 665 berbanding 284, manakala 441 kaunter tidak berubah, 961 tidak diniagakan dan 22 digantung. - Gambar fail/Bernama
Suspek kes bunuh peniaga wanita disambung reman tujuh hari
Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.
Kes cabul di Masjid: Polis siasat dakwaan suspek ada kad OKU
Polis sedang menyiasat dakwaan yang mengatakan lelaki ditahan berhubung kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di masjid di Batang Kali pagi Jumaat, memiliki kad orang kurang upaya (OKU).
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.
Kes tercekik 'gummy': Keluarga reda, enggan salahkan mana-mana pihak
Keluarga Allahyarham Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin reda dengan pemergiannya yang meninggal dunia selepas tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata.
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia meneruskan aliran kenaikan semalam untuk dibuka lebih tinggi hari ini susulan minat belian berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan prestasi pasaran serantau.