KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini mengakhiri penurunan tiga hari dagangan berturut-turutnya sejajar dengan prestasi positif pasaran serantau apabila para pelabur optimis Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menurunkan kadar faedahnya pada September.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.68 mata 0.72 peratus kepada 1,624.56 daripada paras penutup 1,612.88 pada Jumaat.
FBM KLCI dibuka tinggi naik 4.28 mata kepada 1,617.16 dan bergerak antara paras 1,616.35 dan 1,625.55 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 626 berbanding 455, dengan 531 kaunter tidak berubah, 899 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.23 bilion unit bernilai RM2.89 bilion daripada 3.83 bilion unit bernilai RM2.70 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran utama serantau menyaksikan aliran positif apabila para pelabur menjangkakan Fed AS akan memberi bayangan kemungkinan penurunan kadar pada September semasa mesyuarat dasarnya pada Rabu.
"Pada masa sama, mesyuarat pemimpin politik China yang akan diadakan tidak lama lagi mungkin akan memperkenalkan langkah-langkah rangsangan tambahan susulan penurunan kadar yang tidak dijangkakan pada minggu lepas.
"Di Jepun, Bank of Japan dijadualkan bermesyuarat pada Rabu dengan pasaran menjangkakan kemungkinan kenaikan kadar sebanyak 10 mata asas kepada 0.2 peratus," katanya kepada Bernama.
Di dalam negara, Thong yakin sentimen pasaran akan bertambah baik dan menjangkakan momentum belian ekuiti tempatan akan berterusan, mendapat rangsangan daripada keyakinan yang muncul semula.
"Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,610-1,630 bagi minggu ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 6.0 sen kepada RM10.20, Public Bank meningkat 3.0 sen kepada RM4.24, Tenaga Nasional menokok 8.0 sen kepada RM14.10, CIMB Group menambah 7.0 sen kepada RM7.24 dan IHH Healthcare naik 1.0 sen kepada RM6.27.
Dalam kalangan kaunter cergas, Velocity Capital Partner meningkat 2.0 sen kepada 8.0 sen, Malayan United Industries naik 1.0 sen kepada 10.5 sen, bagaimanapun, Ekovest susut 2.0 sen kepada 44.5 sen, OCR Group dan Velesto Energy turun 1.0 sen masing-masing kepada 8.5 sen dan 22.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 82.82 mata kepada 12,546.55, Indeks FBMT 100 naik 83.98 mata kepada 12,134.54, Indeks FBM Emas Shariah menokok 86.03 mata kepada 12,827.18 dan Indeks FBM 70 melonjak 117.12 mata kepada 18,647.27.
Sementara itu, Indeks FBM ACE susut sebanyak 15.09 mata kepada 5,779.0.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 115.95 mata kepada 18,087.87, Indeks Perladangan naik 32.24 mata kepada 7,176.43, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 1.01 mata kepada 192.86 dan Indeks Tenaga turun 0.23 mata kepada 965.90.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.41 bilion unit bernilai RM2.52 bilion daripada 2.02 bilion unit bernilai RM2.27 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Jumlah dagangan waran naik kepada 1.06 bilion unit bernilai RM143.70 juta daripada 1.0 bilion unit bernilai RM107.31 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 754.36 juta saham bernilai RM222.85 juta daripada 803.68 juta saham bernilai RM324.97 juta.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 391.44 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (528.06 juta), pembinaan (391.31 juta), teknologi (240.90 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (71.93 juta), hartanah (238.74 juta), perladangan (27.12 juta), REITs (18.43 juta), dana tertutup (22,900), tenaga (219.69 juta), penjagaan kesihatan (90.80 juta), telekomunikasi dan media (28.92 juta), pengangkutan dan logistik (113.24 juta), utiliti (49.90 juta) dan amanah perniagaan (856,100).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.68 mata 0.72 peratus kepada 1,624.56 daripada paras penutup 1,612.88 pada Jumaat.
Pasca Perang Syria: Presiden Syria sasar pulih hubungan dengan A.S
Presiden interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya bercadang untuk memulihkan hubungan dengan Amerika Syarikat dalam masa terdekat tetapi belum mengadakan sebarang perhubungan dengan pentadbiran Trump.
Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.
Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa bagi membebaskan tahanan dari lokap dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan, awal bulan lepas.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terpedaya penipuan pelaburan
Seorang pengarah syarikat kerugian RM2.1 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud di platfrom Digzax Exchanger.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata lelaki berusia 77 tahun itu tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang ditemui menerusi iklan di laman Facebook pada Ogos tahun lalu.
Polis mohon bantuan kesan warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Singa Baru, Sitiawan sejak 31 Januari lalu.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Mayat lelaki dijumpai dalam sebuah tangki simpanan air di Pelantar P5 Sungai Pinang Besar di Pulau Pangkor pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat berkenaan kira-kira 3.15 petang.
Perkembangan AI Deepseek China tingkatkan permintaan pusat data - Gobind
Gobind yakin bahawa kemajuan teknologi AI tidak akan menjadi ancaman kepada usaha Malaysia untuk menjadi hab pusat data di rantau ini.
Malaysia perlu perbahasan konstruktif, bukan sensasi
Menurut Tharma Pillai, ini kerana sidang Parlimen dianggap amat penting bukan sahaja dalam konteks domestik, tetapi juga dalam situasi global,terutama peranan Malaysia yang kini menjawat jawatan Pengerusi ASEAN25.
Dewan Rakyat: Sasaran Malaysia Sukan SEA 2025, mekanisme SKBBK antara tumpuan
Sasaran Malaysia pada Sukan SEA 2025 dan mekanisme pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
Insiden tembakan: 10 maut, serangan terburuk dalam sejarah Sweden
Sekitar 10 individu dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pendidikan dewasa pada Selasa.
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 - MIDF
Institusi tempatan terus memberi sokongan terhadap Bursa Malaysia bagi minggu ke-15 berturut-turut dengan mencatat belian bersih RM149.4 juta, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
FBM KLCI jatuh, ini 4 punca ia berlaku
Pada Januari 2025, FBMKLCI telah mencatatkan penurunan sebanyak -5.20%, walaupun terdapat beberapa laporan ekonomi yang menunjukkan daya tahan ekonomi Malaysia. Mengapa perkara ini berlaku?
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal pada hari dagangan pertama Februari berikutan pelabur memberi tumpuan kepada ketegangan perdagangan global.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan jualan berterusan
Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Keuntungan bersih tahun kewangan 2024 Bursa Malaysia meningkat kepada RM310.12 juta
Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.73 mata kepada 1,569.00 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan secara berhati-hati minggu depan
Mohd Sedek berkata permintaan dijangka berkurangan minggu hadapan susulan perayaan Tahun Baharu Cina.