KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kelima berturut-turut hari ini sekali gus tidak meneruskan kenaikan awal berikutan penjualan pada saat-saat akhir.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 0.14 peratus atau 2.32 mata kepada 1,590.37 daripada 1,592.69 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.72 mata lebih tinggi kepada 1,593.41 dan kemudiannya bergerak antara 1,590.00 dan 1,598.16 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, sentimen pasaran adalah lebih baik apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 600 kepada 585, dengan 477 kaunter tidak berubah, 775 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.83 bilion unit bernilai RM6.06 bilion daripada 5.03 bilion unit bernilai RM3.42 bilion pada Khamis.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup kebanyakannya lebih rendah berikutan petunjuk negatif yang meluas daripada Wall Street dalam tempoh semalaman. Saham teknologi berdepan tekanan berikutan kejatuhan saham Nvidia.
Dari sudut positif, beliau berkata pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat memberikan isyarat bahawa mereka mungkin menurunkan kadar faedah utama sama ada sekali atau dua kali tahun ini, daripada paras tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun.
"Di dalam negara, kami mengekalkan prospek optimis namun berhati-hati terhadap pasaran tempatan dalam keadaan ketidaktentuan yang semakin meningkat," katanya kepada Bernama.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup rendah hari ini ketika dagangan pada saat-saat akhir, berada di bawah paras 1,600 berikutan tekanan jualan yang berterusan daripada dana asing.
"Bagaimanapun, pemburu saham semasa harga rendah meningkat meskipun tiada pemangkin domestik, dengan aktiviti belian yang ketara dalam sektor perbankan dan perladangan," kata Mohd Sedek.
Bagi saham wajaran tinggi, CelcomDigi dan PMetal masing-masing berkurangan 10 sen kepada RM3.61 dan RM5.70, Maybank rendah 7.0 sen kepada RM9.86, Public Bank susut 3.0 sen kepada RM4.00 dan Petronas Chemicals berkurangan 6.0 sen kepada RM6.46.
Antara kaunter paling aktif, JCY meningkat 7.0 sen kepada 84.5 sen, Ingenieur Gudang dan ATA IMS masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan 53 sen, Velesto rendah setengah sen kepada 25.5 sen dan Agricore yang baru disenaraikan naik 37.5 sen kepada 87.5 sen.
Bagi kaunter paling rugi, Dutch Lady Milk Industries susut 48 sen kepada RM36.32, MPI berkurangan 38 sen kepada RM39.22, Pentamaster rendah 23 sen kepada RM4.82, KESM turun 14 sen kepada RM7.17, dan PPB rendah 12 sen kepada RM14.30.
Dalam kalangan kaunter paling untung, KLK dan Notion masing-masing menokok 40 sen kepada RM20.66 dan RM2.38, diikuti Agricore dan United Plantations yang meningkat 28 sen kepada RM24.08 manakala EG Industries mengukuh 24 sen kepada RM1.73.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 1.48 mata kepada 12,244.83, namun Indeks FBMT 100 turun 5.70 mata kepada 11,815.98 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 10.27 mata kepada 12,579.17.
Indeks FBM 70 menokok 37.71 mata kepada 17,927.11 dan Indeks FBM ACE meningkat 35.01 mata kepada 5,789.05
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 2.87 mata kepada 17,416.53, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.32 mata kepada 197.79 dan Indeks Perladangan melonjak 20.40 mata kepada 7,028.38 manakala Indeks Tenaga susut 10.41 mata kepada 963.00.
Jumlah dagangan Pasaran Utama melonjak kepada 3.29 bilion unit bernilai RM5.46 bilion daripada 2.90 bilion unit bernilai RM2.92 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.46 bilion unit bernilai RM177.12 juta berbanding 1.21 bilion unit bernilai RM176.73 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE menambah kepada 1.08 bilion saham bernilai RM419.40 juta berbanding 992.85 juta saham bernilai RM320.64 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 490.35 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (756.41 juta), pembinaan (323.38 juta), teknologi (497.75 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (204.80 juta), hartanah (325.76 juta), perladangan (39.39 juta), REIT (28.47 juta), dana tertutup (34,900), tenaga (256.42 juta), penjagaan kesihatan (74.36 juta), telekomunikasi dan media (76.54 juta), pengangkutan dan logistik (60.44 juta), utiliti (150.30 juta), dan amanah perniagaan (2.94 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Indeks petunjuk pasaran dibuka 0.72 mata lebih tinggi kepada 1,593.41 dan kemudiannya bergerak antara 1,590.00 dan 1,598.16 sepanjang sesi dagangan. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.