KUALA LUMPUR: Penurunan kaunter wajaran tinggi yang diterajui saham perbankan menjejaskan Bursa Malaysia menjelang ucapan pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell mengenai prospek kadar faedah AS pada lewat hari ini dan esok.
Bagaimanapun, keseluruhan pasaran adalah positif apabila minat tertumpu kepada kaunter berharga rendah berikutan keyakinan terhadap keputusan pendapatan korporat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik, demikian menurut naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng.
Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.39 peratus atau 5.77 mata untuk ditutup kepada 1,457.60 daripada paras penutup 1,463.37 pada Selasa.
Indek utama itu dibuka rendah turun 2.24 mata kepada 1,461.13 dan bergerak antara paras 1,454.46 dan 1,462.01 sepanjang sesi dagangan.
Keseluruhan pasaran positif apabila kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 490 berbanding 412, manakala 454 kaunter tidak berubah, 1,008 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.45 bilion unit bernilai RM1.97 bilion daripada paras penutup 3.27 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Selasa.
Thong berkata prospek jangka terdekat bagi saham Malaysia dijangka kekal positif disokong oleh penilaian menarik, pendapatan kukuh korporat dan keadaan ekonomi yang bertambah baik.
"Kami menjangkakan indeks petunjuk pasaran melantun semula pada bila-bila masa dan menjangka ia diniagakan dalam jajaran 1,455-1,470 bagi tempoh berbaki minggu ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan kaunter cergas, Public Bank turun tiga sen kepada RM4.21, Hong Leong Financial Group susut 46 sen kepada RM17.14 dan CIMB jatuh empat sen kepada RM5.77. Maybank berkurangan tiga sen kepada RM9.12 dan IHH Healthcare susut lima sen kepada RM6.
Dalam kalangan kaunter cergas, Fitters dan Kanger tidak berubah masing-masing pada 5.0 sen dan 9.5 sen, manakala Top Glove naik satu sen kepada 79 sen. SMTrack dan Widad kedua-duanya tidak berubah masing-masing kepada 4.5 sen dan 45.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 22.70 mata kepada 10,779.38 dan Indeks FBMT 100 susut 25.65 mata kepada 10,443.06.
Indeks FBM Emas Shariah meningkat 1.32 mata kepada 10,999.43, Indeks FBM 70 naik 33.28 mata kepada 14,286.61 dan Indeks FBM ACE Index menokok 32.57 mata kepada 5,130.10.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.56 mata kepada 173.41 dan Indeks Perladangan turun 1.50 mata kepada 6,956.36. Indeks Tenaga susut 5.93 mata kepada 864.95 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 89.58 mata kepada 16,370.25.
Jumlah dagangan Pasaran Utama menambah kepada 2.23 bilion unit bernilai RM1.71 bilion berbanding 2.1 bilion unit bernilai RM1.91 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran jatuh kepada 379.18 juta unit bernilai RM56.94 juta daripada 380.13 juta unit bernilai RM53.48 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 835.54 juta saham bernilai RM209.59 juta daripada 774.76 juta saham bernilai RM199.73 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 374.72 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (666.49 juta); pembinaan (175.01 juta); teknologi (204.33 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (45.12 juta); hartanah (242.76 juta); perladangan (30.75 juta); REITs (8.70 juta), dana tertutup (30,000); tenaga (97.38 juta); penjagaan kesihatan (171.09 juta); telekomunikasi dan media (21.15 juta); pengangkutan dan logistik (72.80 juta); dan utiliti (124.51 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.45 bilion unit bernilai RM1.97 bilion daripada paras penutup 3.27 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Selasa. - Gambar fail/DagangNews

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.