KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Jumaat berikutan sentimen pelabur yang positif dan minat belian terhadap saham berkaitan komoditi, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.13 mata atau 0.19 peratus kepada 1,617.86 daripada 1,614.73 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.24 mata kepada 1,615.97 dan turun naik antara 1,614.93 dan 1,622.49 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 818 berbanding 395, dengan 472 kaunter tidak berubah, 698 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.73 bilion unit bernilai RM4.05 bilion daripada 5.35 bilion unit bernilai RM4.50 bilion semalam.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pelabur kekal positif berikutan jumlah dagangan harian yang meningkat menunjukkan minat yang tinggi terhadap pasaran tempatan.

"FBM KLCI terus diniagakan tinggi, didorong terutamanya oleh minat belian terhadap saham berkaitan komoditi.

"Kami menjangka momentum ini akan mendorong indeks kepada paras halangan seterusnya iaitu 1,620. Pencapaian melebihi paras ini menunjukkan pergerakan meningkat seterusnya," katanya kepada Bernama, sambil menambah paras sokongan segera kini pada 1,600, diikuti 1,589.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM10.00, CIMB Group naik 1.0 sen kepada RM6.96 dan Tenaga Nasional meningkat 6.0 sen kepada RM13.76 manakala Public Bank merosot 2.0 sen kepada RM4.11.

Bagi saham aktif, JAKS Resources naik 2.5 sen kepada 15.5 sen, YNH Property meningkat 16.0 sen kepada 64 sen, Jati Tinggi Group menambah 8.0 sen kepada 43.5 sen, Widad Group menokok 2.0 sen kepada 8.0 sen dan WCT Holdings menambah 5.5 sen kepada 83 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 53.17 mata kepada 12,356.86, Indeks FBMT 100 naik 44.69 mata kepada 11,940.46, Indeks FBM Emas Shariah menambah 77.35 mata kepada 12,653.53 dan Indeks FBM 70 menokok 154.03 mata kepada 17,794.88 serta Indeks FBM ACE melonjak 77.38 mata kepada 5,577.32.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 4.84 mata kepada 17,642.27, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.41 mata kepada 197.65 dan Indeks Perladangan meningkat 32.47 mata kepada 7,145.33.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.55 bilion unit bernilai RM3.47 bilion daripada 3.15 bilion unit bernilai RM3.92 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 891.70 juta unit bernilai RM124.67 juta daripada 1.07 bilion unit bernilai RM130.50 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.29 bilion saham bernilai RM452.67 juta daripada 1.12 bilion saham bernilai RM447.93 juta sebelum ini.

Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 418.67 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (596.02 juta), pembinaan (662.55 juta), teknologi (400.08 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (91.30 juta), hartanah (636.26 juta), perladangan (26.94 juta), REIT (24.75 juta), dana tertutup (54,400), tenaga (204.16 juta), penjagaan kesihatan (156.10 juta), telekomunikasi dan media (38.19 juta), pengangkutan dan logistik (146.93 juta), utiliti (147.03 juta) dan amanah perniagaan (413,500).

-- BERNAMA