KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, didorong oleh aktiviti jualan saham bermodal sederhana dan kecil, manakala indeks penanda aras utama mengekalkan trajektori positif walaupun mencatatkan keuntungan sebelumnya, kata peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.60 mata untuk ditutup pada 1,516.58 berbanding 1,512.98 semasa ditutup pada Rabu.
Indeks barometer dibuka rendah 3.63 mata kepada 1,509.35 dan bergerak antara 1,508.50 dan 1,521.23 pada sepanjang dagangan.
Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 654 berbanding 308, manakala 444 kaunter tidak berubah, 818 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan merosot kepada 3.54 bilion unit bernilai RM2.99 bilion daripada 3.67 bilion unit bernilai RM2.86 bilion pada Rabu.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama ditutup pada paras positif apabila aktiviti belian semasa harga rendah berlaku berikutan jualan baru-baru ini.
"Saham teknologi di rantau ini diberi petunjuk positif daripada Wall Street susulan pendapatan kukuh daripada Amazon dan Meta. Selain itu, pelabur sedang menunggu data senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan lewat hari ini.
"Di peringkat domestik, pelabur masih berhati-hati terhadap keadaan pasaran berikutan ketidaktentuan global yang semakin meningkat, bagaimanapun penilaian FBM KLCI kekal menarik. Indeks itu berjaya mengekalkan paras 1,500, melepasi paras rintangan minggu lepas," katanya kepada Bernama.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menokok 8.0 sen kepada RM9.34, Public Bank melonjak 4.0 sen kepada RM4.43, Tenaga Nasional naik 14 sen kepada RM10.86, Petronas Chemicals menambah 1.0 sen kepada RM6.78, manakala CIMB tidak berubah pada RM6.23.
Bagi saham aktif, Minetech dan Widad Group masing-masing tidak berubah pada 14.5 sen dan 13.5 sen, Velesto merosot 0.5 sen kepada 25.5 sen, MRCB susut 3.5 sen kepada 61.5 sen, manakala YTL Power berkurangan 17 sen kepada RM3.94.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.40 mata kepada 11,248.73, Indeks FBMT 100 menokok 12.20 mata kepada 10,916.02, Indeks FBM 70 turun 39.72 mata kepada 15,146.20, Indeks FBM Emas Shariah merosot 9.26 mata kepada 11,268.83, dan Indeks FBM ACE susut 56.82 mata kepada 4,698.21.
Mengikut sektor, Indeks Hartanah berkurangan 10.03 mata kepada 910.85, Indeks Perladangan merosot 1.65 mata kepada 7,169.21 dan Indeks Tenaga turun 14.14 mata kepada 880.96, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 61.94 mata kepada 17,004.93 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 1.24 mata kepada 171.87.
Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya ditutup semalam sempena dengan cuti Hari Wilayah Persekutuan.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 2.29 bilion unit bernilai RM2.75 bilion daripada 2.52 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 679.04 juta unit bernilai RM102.62 juta berbanding 554.55 juta unit bernilai RM88.19 juta sebelum ini.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 562.41 juta saham bernilai RM138.30 juta berbanding 582.84 juta saham bernilai RM136.76 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 324.05 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (462.85 juta); pembinaan (159.15 juta); teknologi (162.61 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (119.37 juta); hartanah (403.29 juta); perladangan (26.36 juta); REIT (33.53 juta), dana tertutup (sifar); tenaga (292.29 juta); penjagaan kesihatan (92.36 juta); telekomunikasi dan media (37.37 juta); pengangkutan dan logistik (41.16 juta); dan utiliti (138.80 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024
Indeks barometer dibuka rendah 3.63 mata kepada 1,509.35 dan bergerak antara 1,508.50 dan 1,521.23 pada sepanjang dagangan. - Gambar fail/Dagang News
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Bursa Malaysia kekal momentum peningkatan pada akhir dagangan
Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.