KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung yang sederhana mengehadkan kenaikan Bursa Malaysia pada pagi ini selepas aktiviti pembelian saham semalam.
Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata kepada 1,610.25 berbanding paras penutup 1,610.17 pada Khamis.
FBM KLCI dibuka tinggi naik 0.83 mata kepada 1,611.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 287 berbanding 237, manakala 389 kaunter tidak berubah, 1,496 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 421.34 juta unit bernilai RM218.15 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata kedua-dua indeks FBM70 dan FBM Small Cap dijangka mencatatkan paras tertinggi.
"Seperti yang dijangka, sentimen positif di bursa tempatan berterusan apabila kebanyakan indeks mencatatkan paras tertinggi baharu dengan pemangkin dagangan daripada pengumuman pusat data baru-baru ini.
"Oleh itu, para peniaga dijangka terus menumpukan kepada kaunter sektor teknologi kerana kami merasakan segmen pemacu cakera keras, teknologi awan dan keselamatan siber mungkin berkembang pesat," katanya.
Sektor berkaitan lain yang mungkin turut menjadi tumpuan susulan perkembangan ini termasuklah pembinaan, bahan binaan, hartanah, utiliti dan tenaga boleh baharu.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata konsensus telah menaikkan pertumbuhan pendapatan bagi 2025 dan prospek indeks penunjuk pasaran bagi tahun ini dan 2025 serta menyemak semula sasaran akhir tahun kepada 1,730 daripada 1,660 sebelumnya.
Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Tenaga Nasional meningkat lapan sen kepada RM14.22, manakala YTL naik tiga sen kepada RM3.63 dan YTL Power menokok empat sen kepada RM5.20.
Bagaimanapun, Press Metal menyusut 12 sen kepada RM5.86 dan MISC turun tiga sen kepada RM8.44 selepas kenaikan semalam.
Dalam kalangan kaunter cergas, JCY susut satu sen kepada 88.5 sen, Sunview naik lima sen kepada 79 sen, manakala Computer Forms dan Aemulus menokok 1.5 sen setiap satu masing-masing kepada 18.5 sen dan 45.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.07 mata kepada 12,423.12, Indes FBMT 100 naik 2.62 mata kepada 11,985.02 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 16.07 mata kepada 12,793.63.
Indeks FBM 70 berkurangan 16.85 mata kepada 18,269.71 dan Indeks FBM ACE naik 42.54 mata kepada 5,885.32.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 13.03 mata kepada 17,573.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.12 mata kepada 199.75 dan Indeks Tenaga jatuh 6.63 mata kepada to 1,005.61, tetapi Indeks Perladangan menambah 0.64 mata kepada 7,028.46.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
![Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal Bursa Malaysia diniagakan tidak berubah pada dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.08 mata kepada 1,610.25 berbanding paras penutup 1,610.17 pada Khamis.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
Pelajar OKU mengaku bersalah cabul rakan OKU
Seorang pelajar bisu dan pekak mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan sekelas yang juga OKU.
Polis sahkan rangka milik Hafiz Fauzan
Rangka manusia yang ditemukan dalam semak di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, Batu Pahat pada 24 Jun lalu, disahkan milik Hafiz Fauzan Abdul Halid, remaja 16 tahun yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Tangki skid terbiar punca kebocoran gas di terminal kargo KLIA
Kebocoran satu daripada injap tangki skid yang terbiar sembilan tahun menjadi punca kepada insiden kebocoran gas di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sepang pada khamis.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691941883_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Julai 2024.
![SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711260576_SuruhanjayaSekuriti.jpg)
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.43 mata kepada 1,616.75 daripada paras penutup 1,615.32 pada Rabu.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.12 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.18 peratus atau 3.02 mata kepada 1,618.34 daripada paras penutup 1,615.32 semalam.
![Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup kukuh, indeks komposit naik 1.08 peratus
Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, disokong oleh belian berterusan dalam persekitaran sentimen global yang bertambah baik, kata seorang penganalisis.
![Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia meningkat pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki prestasi peningkatan semalaman di Wall Street.
![Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit
Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit susulan aktiviti pengambilan untung pada sesi akhir dagangan hari ini, diseret turun oleh indeks wajaran tinggi yang diterajui kaunter telekomunikasi.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi lepasi paras 1,600 mata
Bursa Malaysia dibuka tinggi melepasi paras psikologi 1,600 mata pada Selasa, didorong pembelian semasa harga murah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.
![Bursa Malaysia dibuka rendah Bursa Malaysia dibuka rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum alami penurunan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.71 mata kepada 1,587.24 daripada 1,590.95 ketika ditutup pada Rabu.