KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah pagi ini memandangkan sentimen masih lemah kerana ketiadaan pemangkin baharu, kata seorang peniaga.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.66 mata kepada 1,439.38 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.04.
Namun begitu, indeks utama dibuka 0.69 mata lebih tinggi pada paras 1,441.73.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 248 berbalas 62, manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak diniagakan dan sembilan digantung.
Jumlah dagangan 174.38 juta unit bernilai RM53.59 juta.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pihaknya menjangkakan peniaga akan berhati-hati dan kekal pada pegangan masing-masing menjelang musim pelaporan pendapatan bulan depan.
Ia berkata hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi, konflik berterusan di Timur Tengah serta kecenderungan Rizab Persekutuan AS terhadap kadar faedah mengehadkan potensi menaik di pasaran tempatan, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.
"Walaupun Wall Street kurang menggalakkan, kami mendapati bahawa sesetengah saham teknologi sudah matang untuk bergerak lebih tinggi," katanya.
Sementara itu, firma pembrokeran itu turut berpihak pada sektor tenaga berikutan harga minyak mentah Brent yang mengukuh.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen menjadi RM8.98, Tenaga Nasional turun tiga sen kepada RM9.79 manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah satu sen kepada RM4.15 dan RM7.21 manakala CIMB kekal pada RM5.62.
Bagi saham aktif, Hong Seng dan Widad, kedua-duanya peroleh satu sen kepada 5.5 sen dan 56.5 sen, Auro dan Velesto susut setengah sen kepada 17 sen dan 25 sen manakala Asdion tidak berubah pada lapan sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 17.16 mata kepada 10,603.28, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 22.78 mata menjadi 10,837.17 dan Indeks FBMT 100 turun 15.74 mata kepada 10,282.24.
Indeks FBM 70 menguncup 38.36 mata kepada 13,934.52 dan Indeks ACE FBM kerugian 41.17 mata untuk mencatatkan paras 5,088.52.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.74 mata pada 171.65, Indeks Tenaga lemah 6.49 mata menjadi 874.59, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 3.12 mata kepada 16,187.21, manakala Indeks Perladangan meningkat 2.60 mata kepada 6,912.57.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.66 mata kepada 1,439.38 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.04. -Gambar fail/Bernama
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.