KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih baik dengan aktiviti belian saham pada harga rendah minggu depan dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan pelabur memantau data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, ucapan daripada pegawai-pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS dan pengumuman pendapatan oleh bank-bank AS.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun sentimen berhati-hati, akan ada aktiviti belian saham pada harga rendah berikutan penilaian FBM KLCI yang murah, justeru, jangkaan indeks petunjuk pasaran akan berada pada aliran meningkat.
"Bagi minggu depan, kami menjangka akan ada aktiviti belian saham pada harga rendah berdasarkan penilaian indeks petunjuk pasaran yang murah, yang diniagakan pada 13 kali berbanding purata lima tahun sebanyak 17 kali.
"Selain itu, sokongan belian daripada institusi tempatan agak ketara. Oleh itu, kami menjangka indeks akan menunjukkan prestasi yang lebih positif dan menjangka akan berada antara julat 1,375-1,395 pada minggu depan dengan paras halangan segera pada 1,400 manakala paras sokongan pada 1,373," katanya kepada Bernama.
Minggu depan, pelabur dijangka memantau Indeks Harga Pengguna (IHP) China dan ucapan oleh pegawai-pegawai Fed, iaitu Presiden Fed San Francisco Mary Daly, Presiden Fed Cleveland Loretta Mester dan Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic pada 10 Julai manakala Presiden Fed St Louis James Bullard akan memberikan ucapannya pada 11 Julai.
Selain itu, pelabur juga akan melihat laporan IHP AS bagi Jun pada 12 Julai, perdagangan China pada 13 Julai dan pengumuman pendapatan oleh bank-bank AS (SPX500_m: pendapatan bank - Wells Fargo, JP Morgan dan Citigroup) pada 14 Julai.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 0.99 mata untuk ditutup kepada 1,377.67 daripada 1,376.68 pada minggu sebelumnya.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.14 mata kepada 10,166.48, Indeks FBMT 100 meningkat 16.32 mata kepada 9,860.32, Indeks FBM Emas Shariah menambah 16.31 mata kepada 10,431.18, Indeks FBM 70 menokok 61.11 mata kepada 13,445.69 dan Indeks FBM ACE naik 71.85 mata kepada 5,139.87.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 44.62 mata kepada 15,377.49, Indeks Perladangan melonjak 104.28 mata kepada 6,802.93, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 1.33 mata kepada 158.25 dan Indeks Tenaga menambah 18.11 mata kepada 792.20.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 12.19 bilion unit bernilai RM7.66 bilion daripada 10.63 bilion unit bernilai RM6.44 bilion pada minggu dagangan sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 8.52 bilion saham bernilai RM6.43 bilion daripada 7.57 bilion saham bernilai RM5.49 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan waran menambah kepada 1.36 bilion unit bernilai RM225.95 juta daripada 868.29 juta unit bernilai RM147.26 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 2.25 bilion saham bernilai RM994.16 juta daripada 2.15 bilion saham bernilai RM809.51 juta sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI naik 0.99 mata untuk ditutup kepada 1,377.67 daripada 1,376.68 pada minggu sebelumnya. -Gambar fail/Bernama
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Gantz desak Netanyahu dedah perjanjian dengan Lubnan
Pemimpin pembangkang Israel Benny Gantz, mendesak Netanyahu mendedahkan butiran perjanjian gencatan senjata yang dilaporkan hampir dimeterai antara Israel dan Lubnan.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Menerusi ciapan di X, Gantz berkata, rakyat Israel berhak tahu butiran yang terkandung dalam perjanjian tersebut.
Bursa Malaysia kekal momentum peningkatan pada akhir dagangan
Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.