KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tinggi pada minggu pertama 2024 dengan kenaikan sederhana, didorong oleh saham perbankan dan teknologi.
Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Bhd Datuk Nazri Khan menjangka pasaran tempatan akan diniagakan antara 1,450 dan 1,460 minggu depan dengan dijangka terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah.
"Selain itu, kami menyaksikan kenaikan pada akhir tahun didorong oleh faktor yang baik dan aktiviti memperelokkan akaun serta pengukuhan semalaman daripada Wall Street, selain petunjuk bahawa inflasi mereda dan kadar faedah dijangka turun," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata jumlah dagangan telah melonjak melepasi empat bilion unit dan suasana pasaran adalah positif, justeru, pasaran dijangka meningkat minggu depan.
Melihat kepada 2024, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata firma pembrokeran itu berpandangan positif terhadap prestasi ekuiti Malaysia, disokong oleh prospek bahawa Rizab Persekutuan AS akan memulakan pengurangan kadar faedah dan kembalinya dana asing ke rantau ini.
"Kami menjangka FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) akan berada pada sekitar paras 1,590, berdasarkan penilaian semasa pada anggaran 2024, dan akan menguji paras 1,650," katanya.
Pada minggu depan, beliau mengunjurkan potensi kenaikan jika Indeks FBM KLCI melepasi paras halangan pada 1,465.
"Oleh itu, kami menjangka indeks akan diniagakan dalam julat 1,450-1,470 minggu depan, dengan paras sokongan segera pada 1,450 diikuti 1,440," katanya.
Pada minggu dagangan yang pendek disebabkan cuti umum yang baru berakhir, Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur dalam persekitaran dagangan rendah berikutan pelabur terus tidak memasuki pasaran berikutan cuti, dengan aktiviti belian saham pada harga rendah yang sederhana selepas jualan baru-baru ini.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI meningkat 0.28 mata untuk mengakhiri minggu ini kepada 1,454.66 daripada 1,454.38 minggu lepas.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 27.86 mata kepada 10,988.71, Indeks FBM 70 jatuh 3.86 mata kepada 14,612.98 manakala Indeks FBM ACE naik 105.83 mata kepada 5,322.03, Indeks FBM Emas meningkat 3.78 mata kepada 10,823.70 dan Indeks FBMT 100 menambah 0.79 mata kepada 10,485.72.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.23 mata kepada 172.99, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 55.95 mata kepada 16,303.04 manakala Indeks Tenaga susut 0.87 mata kepada 817.73 dan Indeks Perladangan merosot 28.49 mata kepada 7,007.96.
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan jumlah dagangan yang rendah sebanyak 15.11 bilion unit bernilai RM9.38 bilion daripada 18.39 bilion unit bernilai RM12.04 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama merosot kepada 9.41 bilion saham bernilai RM8.10 bilion daripada 10.75 bilion saham bernilai RM10.40 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan waran susut kepada 1.54 bilion unit bernilai RM187.568 juta daripada 3.04 bilion unit bernilai RM356.87 juta minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 4.03 bilion saham bernilai RM1.08 bilion daripada 4.44 bilion saham bernilai RM1.28 bilion sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2023

Pasaran tempatan dijangka diniagakan di antara 1,450 dan 1,460 minggu depan dengan jangkaan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah. -Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.