KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mengalami aliran tinggi minggu depan, didorong keyakinan berkaitan berakhirnya kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berikutan tanda-tanda penurunan inflasi.
Ini susulan data Indeks Harga Pengguna (IHP) dan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih rendah.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata di peringkat tempatan, jangkaan pasaran terhadap keuntungan korporat juga positif dan menyumbang kepada kemungkinan aliran meningkat minggu depan.
"Kami menjangkakan suasana pasaran kekal positif, susulan keredaan kebimbangan terhadap inflasi dan kadar faedah di samping pelabur bergantung kepada jangkaan keuntungan korporat yang kukuh untuk meningkatkan sentimen pelabur," katanya kepada Bernama.
Justeru, beliau menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bergerak dalam julat 1,430 hingga 1,445.
Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata jangkaan mengenai dasar monetari yang lebih longgar oleh Fed dalam beberapa bulan akan datang akan menggalakkan pengambilan risiko di peringkat global.
"Ini bermakna pelabur akan membeli saham di kebanyakan bidang kuasa seperti Asia, Eropah dan AS," katanya.
IHP AS turun kepada lima peratus tahun ke tahun pada Mac 2023 daripada enam peratus pada Februari 2023 -- berbanding jangkaan pasaran pada 5.2 peratus dan angka terendah yang dicatatkan sejak Mei 2021.
Sementara itu, data IHPR AS merosot kepada 2.7 peratus tahun ke tahun pada Mac 2023 daripada 4.9 peratus pada Februari 2023 -- bacaan terendah sejak Januari 2021.
Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, Bursa Malaysia mencatatkan prestasi bercampur-campur dengan pasaran yang tidak menentu.
Berasaskan Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 8.09 mata untuk berakhir pada 1,435.13 daripada 1,427.04 minggu lepas.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 90.47 mata kepada 10,568.91; Indeks FBMT 100 menambah 85.73 mata kepada 10,246.77 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 120.18 mata kepada 10,942.84.
Indeks FBM 70 melonjak 231.29 mata kepada 13,870.04 dan Indeks FBM ACE naik 41.50 mata kepada 5,368.18.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 32.93 mata kepada 15,734.20; Indeks Tenaga naik 14.28 mata kepada 877.79; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.90 mata kepada 175.65 dan Indeks Perladangan meningkat 119.46 mata kepada 6,851.13.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 14.79 bilion unit bernilai RM8.88 bilion daripada 13.18 bilion unit bernilai RM7.71 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 10.47 bilion saham bernilai RM7.60 bilion daripada 9.47 bilion saham bernilai RM6.67 bilion minggu lepas.
Jumlah dagangan waran pula sebanyak 1.41 bilion unit bernilai RM224.74 juta berbanding 960.12 juta unit bernilai RM155.86 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 3.32 bilion saham bernilai RM1.04 bilion daripada 2.73 bilion saham bernilai RM874.88 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Bursa Malaysia dijangka mengalami aliran tinggi minggu depan, didorong keyakinan berkaitan berakhirnya kitaran kenaikan kadar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) berikutan tanda-tanda penurunan inflasi. -Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.