KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya sewaktu dibuka hari ini berikutan sentimen pasaran telah disokong oleh kestabilan harga minyak mentah (MSM) dan harga penanda aras minyak mentah Brent berikutan keputusan OPEC+ untuk memulihkan bekalan secara beransur-ansur, kata penganalisis.
Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.36 mata atau 0.09 peratus kepada 1,599.30 daripada 1,597.94 pada penutupan Rabu.
Indeks itu dibuka 1.14 mata lebih tinggi kepada 1,599.08.
Suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 262 kepada 82, manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 295.43 juta unit bernilai RM117.72 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata harga MSM melonjak melebihi 5.0 peratus, manakala harga minyak mentah Brent kekal kukuh melebihi AS$70 setong berikutan kumpulan yang dianggotai sebahagian pengeluar minyak berkuasa dunia itu, pada Khamis membuat keputusan untuk mengawal pengurangan pengeluaran minyak sedia ada secara beransur-ansur bermula bulan depan, di tengah-tengah permintaan kukuh ketika pemulihan COVID-19.
"Walaupun kes COVID-19 meningkat, kami berharap sekatan pergerakan penuh dan pelaksanaan vaksin yang dipercepatkan, pada akhirnya, akan menyebabkan penggiat pasaran untuk memberi tumpuan kepada tema pemulihan, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini.
"Bagaimanapun, kami berpandangan, pengukuhan harga MSM dan harga minyak mungkin baik untuk kaunter perladangan dan minyak dan gas dalam negara," katanya dalam nota hari ini.
Mengenai tema pemulihan, peniaga akan memberi tumpuan kepada saham pengguna perlu dan pengangkutan dan logistik, tambahnya.
"Sementara itu, kami menjangkakan sebahagian minat belian mungkin dilihat selepas pengukuhan saham teknologi yang baik sejak sebulan yang lepas," kata firma penyelidikan itu.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Public Bank naik satu sen masing-masing kepada RM8.25 dan RM4.25, PetChem meningkat tiga sen kepada RM8.10, manakala CIMB dan IHH turun satu sen masing-masing kepada RM4.53 dan RM5.40.
Kaunter rugi termasuk PPB Group turun 10 sen kepada RM18.58 dan QL Resources susut sembilan sen kepada RM6.03.
Kaunter untung termasuk Computer Form naik 84 sen kepada RM3.64, Hong Leong menambah 16 sen kepada RM18.56 dan BAT menokok 14 sen kepada RM14.46.
Bagi saham aktif, Serba Dinamik naik 2.5 sen kepada 85 sen, Vortex tidak berubah pada 11 sen dan Sapura Energy menambah setengah sen kepada 13 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.08 mata kepada 11,647.95 dan Indeks FBMT 100 menokok 17.63 mata kepada 11,340.39.
Indeks FBM Emas Syariah menambah 28.57 mata kepada 12,885.64, FBM 70 meningkat 54.37 mata kepada 15,068.25 dan FBM ACE turun 54.58 mata kepada 7,849.51.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.35 mata kepada 15,272.75, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.59 mata kepada 194.13, manakala Indeks Perladangan naik 5.47 mata kepada 6,857.87.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021
Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.36 mata atau 0.09 peratus kepada 1,599.30 daripada 1,597.94 pada penutupan Rabu. -Gambar fail/Bernama
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman
Pada pukul 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.00 mata kepada 1,591.68 daripada 1,588.68 ketika ditutup semalam.
Anak Malaysia pertama dinobat Juara Trader Dunia 2024 Kejohanan Dunia
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa tetapi juga memberikannya pengiktirafan dari The Malaysia Book of Records.
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian
Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.
Mahkamah arah Tokio Marine beri jawapan kepada tawaran terbaik RHB dalam tempoh 14 hari
Tokio Marine masih mempunyai hak penolakan pertama di bawah perjanjian pengaturan bankasurans 10 tahun dengan RHB, yang akan tamat pada 31 Disember 2024.
Bursa Malaysia dibuka rendah ketika Wall Street catat prestasi bercampur-campur
Setakat 9.10 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 1.60 mata kepada 1,596.58 berbanding pada paras 1,598.18, semalam.
Kehakiman interim: Bursa tarik balik penggantungan saham Sarawak Cable sambil dapatkan penjelasan mahkamah
Saham syarikat itu digantung daripada dagangan pada Selasa, dan bursa membenarkan saham itu disambung semula dagangan pada 21 November 2024.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street.
Bursa Malaysia akhiri kenaikan awal untuk ditutup tidak menentu
Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.