KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit hari ini, mengambil petunjuk daripada trajektori menaik Wall Street semalaman, didorong data pendapatan korporat yang kukuh, kata seorang peniaga.
Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa. Indeks utama dibuka 1.54 mata lebih kukuh pada 1,404.57.
Bursa Malaysia dan anak-anak syarikatnya ditutup pada hari Rabu sempena cuti umum Awal Muharram.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas turut positif menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 215 berbalas 146, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,620 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 302.75 juta unit bernilai RM122.55 juta.
Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI dijangka kekal lembap untuk hari ini kerana pelabur kini menjangkakan satu lagi kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan minggu depan.
"Justeru, kami mengunjurkan indeks sekali lagi berlegar dalam julat 1,400-1,410 dalam situasi serantau yang bercampur-campur.
"Kami percaya beberapa aktiviti pengambilan untung terhadap saham perladangan mungkin muncul hari ini berikutan prestasi kukuh sektor berkenaan baru-baru ini dan harga minyak sawit mentah telah merosot kepada bawah RM3,900 satu tan," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.79, Public Bank menambah satu sen menjadi RM3.97, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah untuk mencatatkan harga RM5.22 dan RM9.10 manakala IHH Healthcare susut dua sen kepada RM5.82.
Bagi saham aktif, Classita dan Tanco kekal pada 23 sen dan 56.5 sen, MST Golf yang baharu disenaraikan menyusut lapan sen menjadi 73 sen, SIAB menambah 1.5 sen kepada 15 sen dan UEM Sunrise lebih tinggi satu sen kepada 40 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 7.31 mata kepada 10,405.55, Indeks FBMT 100 mengembang 6.06 mata menjadi 10,084.70 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 7.35 mata kepada 10,701.36.
Indeks FBM 70 mengukuh 27.19 mata kepada 13,926.21 dan Indeks FBM ACE meningkat 7.56 mata kepada 5,373.12.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 2.24 mata kepada 15,667.52, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.09 mata menjadi 162.18, manakala Indeks Perladangan meningkat 23.91 mata kepada 6,945.55 dan Indeks Tenaga mengukuh 3.29 mata kepada 810.85.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI naik 0.22 mata kepada 1,403.25 daripada 1,403.03 pada penutup Selasa. -Gambar fail/Bernama
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.

Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.

Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.

Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.