KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, didorong terutamanya oleh belian daripada dana asing, kata penganalisis.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.68 mata kepada 1,619.08 daripada 1,615.40 semalam.
Indeks barometer dibuka rendah 0.59 mata kepada 1,614.81.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 274 berbanding 156, dengan 334 kaunter tidak berubah, 1,581 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 246.60 juta saham bernilai RM143.49 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI melepasi paras 1,610 dan percaya jualan di bursa tempatan pada minggu lepas adalah berlebihan.
"Kami menjangka belian akan didorong oleh pelabur asing, yang akan membolehkan indeks petunjuk pasaran melepasi fasa konsolidasinya baru-baru ini.
"Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada antara 1,620-1,630 hari ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Wall Street ditutup positif dalam sesi dagangan yang rendah berikutan peniaga menunggu data senarai gaji bagi Mei esok, yang jika lemah, boleh mendorong Rizab Persekutuan menurunkan kadar faedah.
"Sehubungan itu, Dow Jones Industrial Average naik 140 mata manakala Nasdaq menambah 28 mata berikutan hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.33 peratus," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank menambah 2.0 sen kepada RM4.17, Tenaga Nasional meningkat 12.0 sen kepada RM13.10 dan IHH Healthcare naik 1.0 sen kepada RM6.20.
Sementara itu, Maybank merosot 6.0 sen kepada RM10.00 dan CIMB Group berkurangan 4.0 sen kepada RM6.95.
Daripada saham aktif, Dagang Nexchange naik 1.0 sen kepada 47 sen, Datasonic Group meningkat setengah sen kepada 51 sen, JCY International menambah 1.0 sen kepada 60.5 sen dan SNS Network Technology menokok 1.0 sen kepada 66.5 sen. IFCA MSC merosot 1.0 sen kepada 53.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 25.50 mata kepada 12,303.99, Indeks FBMT 100 naik 23.73 mata kepada 11,907.70, Indeks FBM Emas Shariah menambah 50.87 mata kepada 12,554.52, Indeks FBM 70 menokok 21.23 mata kepada 17,576.63 dan Indeks FBM ACE naik 12.91 mata kepada 5,436.95.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 48.73 mata kepada 7,227.73, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.51 mata kepada 197.40 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 30.23 mata kepada 17,693.65 dan Indeks Tenaga susut 0.09 mata kepada 966.76.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 05 2024

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.68 mata kepada 1,619.08 daripada 1,615.40 semalam. -Gambar fail/Bernama
AWANI 7:45 [12/3/2025] – Henti polemikkan isu 3R | Sindiket pendaftaran kelahiran | Bukan bailout | Bukan lagi lubuk rezeki
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Pemimpin politik perlu berhenti jadi badut, titah Sultan Pahang
-Rasuah daftar keahlian: Penjawat awam, pengamal perubatan dan undang-undang ditahan
-Suntikan RM1.1 bilion untuk Sapura energy bukan 'bailout' tetapi pelaburan
-Pengasuh didakwa bunuh kanak-kanak tiga tahun
AWANI Ringkas: 12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 12 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Mac 2025
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas
1️⃣ Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram direman
2️⃣ Dana RM1.1 bilion bukan 'bailout'
3️⃣ Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
#awaniringkas

Kastam rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM200,000 di Pulau Pinang
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api pelbagai jenama bernilai lebih RM200,000, dalam dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat.
Agenda AWANI: Bina semula Gaza, tolak usir rakyat Palestin
Sejauh mana Pelan Pembangunan Semula Gaza oleh Mesir dan negara Arab yang dianggarkan bernilai kos AS$53 bilion dalam tiga fasa ini realistik untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun? Diskusi 9 malam
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi AS
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran susut 13.67 mata kepada 1,522.79 daripada 1,536.46 ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.85 mata kepada 1,539.42 daripada 1,547.27 pada Jumaat lepas.

Pelan penstrukturan semula PN17 Capital A dapat kelulusan Bursa Malaysia
Capital A Bhd mengumumkan Bursa Malaysia Securities Bhd telah meluluskan pelan penstrukturan semulanya.

Bursa Malaysia ditutup rendah sejajar prestasi lemah bursa serantau
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki penurunan semalaman di Wall Street berikutan ketidaktentuan mengenai tarif Amerika Syarikat.

Nylex dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 11 Mac
Pengawal selia bursa menolak rayuan Nylex bagi mendapatkan lanjutan enam bulan sehingga 26 Julai untuk serah pelan penyusunan semula.

Bursa Malaysia ditutup rendah ekoran tekanan jualan ke atas saham kewangan
Indeks penanda aras Bursa Malaysia berakhir dengan prestasi rendah pada Khamis, diseret turun oleh tekanan jualan yang berterusan ke atas saham berwajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sebelum susut kemudiannya
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.36 mata kepada 1,568.78 daripada 1,564.42 pada akhir dagangan semalam.

Bursa Malaysia ditutup tinggi disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti pembelian saham berharga rendah yang muncul selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini.