KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi selepas bursa tempatan ditutup di bawah paras 1,600 pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.13 mata kepada 1,600.81 daripada 1,596.68 pada Jumaat lepas.
Indeks barometer dibuka rendah 0.74 mata kepada 1,595.94.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 343 berbanding 271, dengan 349 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 415.88 juta saham bernilai RM252.56 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka FBM KLCI akan meningkat semula hari ini selepas ditutup di bawah paras 1,600 pada Jumaat lepas.
"Terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah, sekali gus menjangka indeks akan berada antara 1,600 dan 1,615 hari ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan data pembuatan dan pembinaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah serta harga minyak mentah yang merosot.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 2.0 sen kepada RM9.95, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.11 dan CIMB naik 9.0 sen kepada RM6.93.
Sementara itu, Tenaga Nasional merosot 10 sen kepada RM12.94 dan IHH Healthcare susut 5.0 sen kepada RM6.14.
Daripada saham aktif, JCY International meningkat 2.0 sen kepada 54.5 sen, Berjaya Corporation naik 1.0 sen kepada 30 sen dan Sealink International menambah 2.5 sen kepada 30.5 sen manakala Smtrack Bhd tidak berubah pada 4.5 sen.
Sementara itu, Velesto Energy merosot setengah sen kepada 26 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 36.78 mata kepada 12,198.30, Indeks FBMT 100 meningkat 31.27 mata kepada 11,800.93, Indeks FBM Emas Shariah menambah 28.77 mata kepada 12,421.13 dan Indeks FBM 70 menokok 49.79 mata kepada 17,531.33 manakala Indeks FBM ACE merosot 8.25 mata kepada 5,381.32.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 54.69 mata kepada 17,580.91, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.13 mata kepada 194.99, Indeks Tenaga menambah 2.97 mata kepada 970.33 dan Indeks Perladangan naik 38.78 mata kepada 7,110.18.
Sementara itu, Indeks Produk Pengguna dan Perkhidmatan merosot 0.19 mata kepada 598.83,
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Pada 9.11 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.13 mata kepada 1,600.81 daripada 1,596.68 pada Jumaat lepas.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.