KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk dibuka tinggi hari ini, didorong oleh sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran sentimen positif di pasaran serantau, kata peniaga.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.50 mata kepada 1,508.78 daripada 1,506.28 pada Jumaat lepas.
Indeks barometer dibuka tinggi 1.83 mata kepada 1,508.11.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 288 berbanding 178 manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,485 tidak diniagakan dan 64 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 476.69 juta unit bernilai RM220.03 juta.
Menurut Malacca Securities, pada minggu ini, pasaran akan memantau beberapa perkara seperti Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China, mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) dan data pekerjaan di AS.
"Secara keseluruhannya, kami menjangka sokongan belian akan kekal dalam pasaran saham Malaysia. Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent terus meningkat, kini berada melebihi paras US$83 setong dengan potensi pakej rangsangan China, selain ketegangan yang berterusan di rantau Timur Tengah," katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank, masing-masing tidak berubah pada RM9.14 dan RM4.37, CIMB meningkat 3.0 sen kepada RM6.21 manakala Tenaga Nasional susut 2.0 sen kepada RM10.52 dan Petronas Chemicals merosot 1.0 sen kepada RM6.69.
Bagi saham aktif, Minetech menambah 1.0 sen kepada 16.5 sen, Master Tec naik setengah sen kepada 39.5 sen, YNH Property meningkat 3.0 sen kepada 74.5 sen manakala MRCB merosot 1.0 sen kepada 64 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 21.29 mata kepada 11,254.08, Indeks FBM 70 meningkat 39.69 mata kepada 15,322.90, Indeks FBMT 100 menambah 20.64 mata kepada 10,906.02, Indeks FBM Emas Shariah menokok 28.25 mata kepada 11,317.91 dan Indeks FBM ACE naik 1.57 mata kepada 4,843.70.
Mengikut sektor, Indeks Hartanah meningkat 1.98 mata kepada 926.40, Indeks Perladangan menambah 32.71 mata kepada 7,198.43 dan Indeks Tenaga naik 8.70 mata kepada 887.25.
Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 33.33 mata kepada 16,859.03 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.08 mata kepada 174.0.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.50 mata kepada 1,508.78 daripada 1,506.28 pada Jumaat lepas. -Gambar hiasan/Dagang News
Malaysia libat diri secara aktif dengan negara ASEAN kukuhkan ketersambungan tenaga - Fadillah
Melalui pertukaran sumber, pengetahuan dan teknologi, Malaysia boleh mengatasi pelbagai halangan dan mempercepatkan penggunaan teknologi hijau dalam memupuk langkah kolektif ke arah kemampanan.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Sidang DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta supaya kawalan keselamatan ketika sidang DUN yang berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Syarikat penerbangan boleh mulakan operasi antarabangsa di LTSIP
Kementerian Pengangkutan Mengalu-alukan syarikat penerbangan untuk mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kelantan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
AWANI Ringkas: Imigresen, KDN kaji guna QR di pintu masuk negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
ADTV Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam empat bulan pertama 2024
Purata nilai dagangan harian (ADTV) Bursa Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM2.9 bilion dalam tempoh empat bulan pertama 2024.
Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kerangka Ekonomi Madani pacu keyakinan pelabur - Amir Hamzah
Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur.
Pasaran saham Malaysia kini terbaik di Asia Tenggara - MIDF Research
Bursa Malaysia merupakan pasaran saham terbaik di ASEAN ketika ini berdasarkan FBM KLCI yang meningkat 10.4% dari awal tahun hingga tarikh semasa (YTD).
Bursa Malaysia terus catat aliran meningkat pada dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.71 mata kepada 1,608.39 daripada 1,605.68 semalam.
Bursa Malaysia teruskan lonjakan hari keempat, ditutup lepasi paras utama 1,600
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Bursa Malaysia bermula positif, lepasi 1,600 mata
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.87 mata kepada 1,602.26 daripada 1,597.39 semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, jejak prestasi positif Wall Street
Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI naik 4.79 mata kepada 1,594.38 daripada 1,589.59 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.