KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini susulan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman apabila sentimen secara keseluruhannya masih tanpa hala tuju dengan para peniaga menunggu pengumuman data terkini inflasi pada lewat minggu ini.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.92 mata kepada 1,549.88 daripada paras penutup 1,558.80 semalam.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka rendah turun 2.50 mata kepada 1,556.30.
Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 181, manakala 294 kaunter tidak berubah, 1,614 tidak diniagakan dan 77 yang lain digantung.
Jumla dagangan berjumlah 579.06 juta unit bernilai RM186.52 juta.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata berikutan prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman, Dow Jones Industrial Average turun 97 mata manakala Nasdaq meningkat 59 mata apabila hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik kepada 4.303 peratus.
Selain itu, katanya di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 156 mata selepas dibuka rendah apabila para peniaga membuat spekulasi bahawa akan ada lebih banyak rangsangan untuk menyokong pasaran hartanah berikutan penurunan harga rumah bagi bulan kesembilan.
"Di bursa tempatan walaupun indeks petunjuk pasaran meningkat lebih daripada 100 mata setakat ini bagi tahun ini, kami percaya masih terdapat potensi peningkatan.
"Bagi hari ini kami menjangkakan indeks berada dalam jajaran 1,555-1,565,"katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.52, CIMB susut satu sen kepada RM6.44, Tenaga Nasional turun 36 sen kepada RM11.06, Petronas Chemicals berkurangan 13 sen kepada RM6.81 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.47.
Dalam kalangan kaunter cergas, Hong Seng Consolidated dan TWL Holdings naik setengah sen setiap satu masing-masing kepada 2.5 sen dan empat sen, Velesto Energy meningkat 4.5 sen kepada 31 sen, Leform menokok satu sen kepada 17.5 sen dan BCM Alliance jatuh setengah sen kepada 1.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 41.53 mata kepada 11,513.10, Indeks FBMT 100 menyusut 42.25 mata kepada 11,167.34, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 59.98 mata kepada 11,521.11, manakala Indeks FBM 70 meningkat 31.96 mata kepada 15,542.76 dan Indeks FBM ACE menokok 12.00 mata kepada 4,816.95.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 2.33 mata kepada 17,339.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.88 mata kepada 176.91, Indeks Perladangan berkurangan 19.33 mata kepada 7,163.73 manakala Indeks Tenaga meningkat 20.60 mata kepada 952.08.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 8.92 mata kepada 1,549.88 daripada paras penutup 1,558.80 semalam. -Gambar fail/Bernama
'Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda, sebaliknya... '
Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjelaskan permohonan maaf belieu kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini tiada kaitan dengan isu papan tanda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
KKM akan terus meneliti cadangan kerja syif 45 jam seminggu
Proses libat urus dengan semua pihak berkepentingan perlu diadakan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan berkenaan tempoh bekerja 45 jam bagi jururawat di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berbanding 42 jam dapat dimuktamadkan.
Imigresen Selangor tahan 119 PATI di Pandan Mewah
Seramai 119 warga asing ditahan kerana disyaki tidak mempunyai dokumen sah selain kesalahan imigresen di Pandan Mewah, Ampang pada Selasa.
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.