KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan sesi urus niaga pagi ini agak tinggi sebelum susut selepas beberapa minit didagangkan, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street.
Seorang peniaga berkata peperangan yang berterusan di Ukraine serta kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dilihat terus membelenggu sentimen pasaran secara keseluruhannya.
Pada 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.77 mata kepada 1,584.59 daripada 1,587.36 pada penutupan Khamis.
Indeks utama itu dibuka 0.93 mata lebih tinggi pada 1,588.29.
Di pasaran yang lebih meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 234 berbalas 99, manakala 229 kaunter tidak berubah, 1,674 tidak diniagakan dan 35 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 180.92 juta bernilai RM78.86 juta.
Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen secara keseluruhan dilihat terus berhati-hati kerana kekurangan pemangkin.
"Justeru, kami mengunjurkan indeks berlegar antara julat 1,580-1,595 hari ini.
"'Sementara itu, minyak mentah Brent turun kepada US$107 setong selepas laporan menyatakan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan meningkatkan bekalan," kata beliau kepada Bernama.
Di pasaran domestik pula, saham wajaran tinggi utama Bursa, Maybank jatuh satu sen kepada RM8.93, Public Bank dan IHH Healhcare masing-masing turun dua sen kepada RM4.65 dan RM6.18, sementara Petronas Chemicals susut lima sen kepada RM9.55.
Sementara itu, Nestle menokok 50 sen kepada RM134.10, PPB Group meningkat 10 sen kepada RM17.20, KL Kepong menambah empat sen kepada RM25.24 sementara Tenaga Nasional dan Axiata tidak berubah masing-masing pada RM9.00 dan RM3.79.
Bagi saham aktif, Pappajack meningkat 7.5 sen kepada 37.5 sen, MQ Technology, Vinest Capital dan Jade Marvel turun setengah sen masing-masing pada 4.5 sen, 23 sen dan 79.5 sen, manakala TWL naik setengah sen kepada 7.5 sen.
Di papan indeks, FBM 70 susut 34.29 mata kepada 13,819.18, Indeks FBMT 100 lemah 21.18 mata kepada 11,044.93, Indeks FBM Emas menguncup 23.26 mata kepada 11,364.06 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 33.04 mata menjadi 11,910.31.
Bagaimanapun, indeks FBM ACE naik 0.80 mata kepada 5,619.62.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.30 mata kepada 205.14, Indeks Perladangan turun 19.79 mata kepada 7,933.19, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 1.96 mata kepada 16,780.55.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Bursa Malaysia memulakan sesi urus niaga pagi ini agak tinggi sebelum susut selepas beberapa minit didagangkan, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street. -Gambar fail/Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Isu Timur Tengah, ekonomi global heret turun Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah pada Jumaat, ditekan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.40 mata kepada 1,643.71 daripada 1,639.31 pada Rabu.
Pengukuhan ringgit beri kelebihan kepada sektor pengguna, reit dan perladangan di Bursa Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit akan memberi kelebihan kepada kaunter-kaunter pengguna memandangkan kos import bahan mentah menjadi lebih rendah dan margin yang lebih baik.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
Lonjakan nilai ringgit suntik rasa bangga rakyat Malaysia
Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ternyata memberi impak yang besar terhadap keyakinan negara, sekali gus menyuntik rasa bangga dalam kalangan rakyat.
Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 7.89 mata kepada 1,663.43 daripada paras 1,671.32 yang dicatatkan semalam.
Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.