KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi awal dagangan Isnin di tengah-tengah sentimen pasaran yang tidak menentu ekoran kebimbangan mengenai krisis perbankan AS dan Credit Suisse.
Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat.
Pasaran dibuka pagi ini pada paras 1,411.73, lemah sebanyak 3.55 mata.
Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 299 berbalas 169 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,545 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 536.08 juta unit bernilai RM206.08 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd menjangka bursa tempatan akan kekal tenang selepas pengumuman UBS akan mengambil alih Credit Suisse, walaupun ketidaktentuan mungkin berterusan berikutan penurunan Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan yang berlarutan mengenai kegawatan perbankan AS dan krisis Credit Suisse.
"Sementara itu, peniaga akan memantau keputusan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini," kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.
Ia menambah kaunter berkaitan emas mungkin meraih momentum kerana kegawatan yang melanda sektor perbankan AS mendorong minat terhadap emas.
"Sektor defensif lain seperti telekomunikasi, keperluan pengguna dan sektor penjagaan kesihatan juga dijangka menyerlah," katanya.
Saham wajaran tinggi Bursa Malaysia - IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM5.85, CelcomDigi tidak berubah pada RM4.05 dan Maybank turun dua sen menjadi RM8.36.
Public Bank susut satu sen kepada RM3.96, Petronas Chemicals lemah 24 sen kepada RM6.99, CIMB turun lima sen kepada RM5.17 dan TNB kerugian lapan sen kepada RM9.47.
Antara saham aktif, Green Packet dan Jade Marvel masing-masing meningkat 1.5 sen kepada 6.5 sen dan 31.5 sen.
Minda Global dan BSL Corp, kedua-duanya tidak berubah pada 14.5 sen dan empat sen, manakala Top Glove turun 1.5 sen kepada 90 sen dan Zen Tech susut setengah sen kepada 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan sebanyak 60.85 mata kepada 10,275.55, Indeks FBMT 100 menguncup 60.24 mata kepada 9,968.64 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 64.23 mata kepada 10,603.01.
Indeks FBM 70 merosot 40.51 mata kepada 13,325.14, tetapi Indeks FBM ACE menokok 27.82 mata kepada 5,276.76.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 65.74 mata kepada 15,473.97, Indeks Perladangan turun 62.71 mata kepada 6,809.61, Indeks Tenaga lemah 8.64 mata kepada 814.22 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.74 mata kepada 168.31.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Pada 9.25 pagi, indeks penanda aras FBM KLCI turun 9.83 mata atau 0.70 peratus kepada 1,401.90 daripada 1,411.73 pada penutupan urus niaga Jumaat. -Gambar fail/Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.