KUALA LUMPUR: Dagangan Bursa Malaysia rendah pada sesi awal Selasa, mencerminkan prestasi bercampur-campur Wall Street disebabkan ketidaktentuan dalam petunjuk ekonomi dengan pendapatan korporat yang menggalakkan dijangka meningkatkan bursa tempatan hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.

Indeks barometer dibuka tinggi 1.63 mata kepada 1,602.30.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 219 berbanding 144 manakala 350 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 316.54 juta unit bernilai RM127.42 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata keadaan pasaran dijangka kekal kukuh apabila pengumpulan saham berlaku secara berterusan.

Beliau menjangkakan indeks akan berlegar antara julat 1,600 hingga 1,610 hari ini.

""Kami juga mendapati pendapatan yang dilaporkan setakat ini adalah menggalakkan dan harus bertindak sebagai permulaan untuk pendapatan lebih kukuh pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Sime Darby mendahului dalam saham berwajaran tinggi, menambah empat sen kepada RM2.87 diikuti oleh YTL Power, meningkat tiga sen kepada RM4.95 manakala TNB melonjak empat sen kepada RM12.44.

Sebaliknya, bagi kaunter berwajaran indeks komposit tertinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.84, Public Bank turun satu sen kepada RM4.17 manakala IHH merosot tiga sen kepada RM6.28.

Bagi saham aktif, waran MMAG menambah dua sen kepada 17.5 sen manakala saham melonjak 0.5 sen kepada 38 sen.

Pasaran ACE Farm Price naik 16 sen kepada 40 sen, PA Resources peroleh 2.5 sen pada 36 sen manakala Iconic Worldwide tidak berubah pada 11.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 5.36 mata kepada 12,123.66, Indeks FBMT 100 meningkat 0.43 mata kepada 11,723.54 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 9.12 mata kepada 12,318.08.

Indeks FBM 70 melonjak 34.59 mata kepada 17,076.59 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 8.02 mata kepada 5,259.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 21.56 mata kepada 17,534.08, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.01 mata kepada 192.67, Indeks Perladangan menambah 2.96 mata kepada 7,427.13 dan Indeks Tenaga naik 6.91 mata kepada 984.76.

-- BERNAMA